Arab Quraisy ada 7 Kelebihan
Korang tau tak Surah al-Quraisy sebenarnya nak ingatkan orang arab tentang nikmat Allah yang ada yang ada pada diorang? Apatah lagi, turutannya dalam mushaf al-Quran selepas Surah al-Fil yang cerita tentang tentera bergajah Abrahah.
Quraisy asalnya gelaran kepada Hashim, datuk Rasulullah.
Walaupun kota Mekah yang jadi tempat tinggal diorang tu cuma ada air zam-zam, Hashim berjaya fikir jalan untuk bangsanya bertahan masa musim sejuk dan panas. Dia ambil keputusan untuk merintis bussiness trip ke Yaman masa musim sejuk dan ke Syam masa musim panas. Perniagaannya berjaya! Bangsa Arab terhutang budi dengan Hashim dan anak cucunya bangga memakai gelaran Quraisy.
Rasulullah (SAW) bersabda:
“Allah telah memberikan kelebihan kepada orang-orang Quraisy dengan tujuh perkara: aku adalah salah seorang daripada mereka, di kalangan mereka ada Nabi, penjaga pintu Kaabah (al-Hijabah) dan pemberi khidmat kepada hujjaj (al-Siqayah) juga dari kalangan mereka. Allah membantu mereka mengalahkan tentera bergajah, mereka (taat) menyembah Allah selama sepuluh tahun sedangkan orang lain tidak melakukannya, Allah menurunkan satu surah mengenai mereka dalam al-Quran. Kemudian baginda Rasulullah (SAW) membaca (Surah Quraisy)…”
Bagaimanapun, semua kelebihan mereka akan jadi sia-sia kalau mereka kufur.
Di saat kabilah luar kota Mekah kerap berperang di antara satu sama lain dan berlaku banyak pertumpahan darah, Arab Quraisy terselamat berkat kesucian Baitullah. Di saat tentera bergajah Abrahah sudah di pintu kota mereka dan siap mennghancurkan mereka, Allah mengutuskan burung Ababil yang membawa bebatuan dari neraka untuk menumpaskan musuh mereka.
Alih-alih, tak beriman dengan Allah?
Sebab inilah Rasulullah (SAW) mengingatkan: “hai orang-orang Quraisy, awas sembahlah Tuhan yang menguasai rumah ini yang telah memberi kamu penghidupan, menghindari daripada kelaparan dan memberikan kamu kemanan daripada ketakutan.”
Mujurlah hari ini, bangsa Arab Quraisy telah akur dan memeluk agama Islam. Natijahnya tidak mengecewakan. Kerana mereka membela Nabi, maka Allah telah mentelamatkan mereka.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source