Sultan Yang Jadi Gila Dalam Satu Hari
Hari yang sepatutnya disambut dengan girang, bertukar menjadi trauma gara-gara kesilapan kecil. Inilah backstory Sultan Murad V yang memerintah Khilafah Turki Uthmaniah 93 hari sahaja.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Pada tahun 1876, dasar pemerintahan Sultan Abdülaziz tidak disenangi ramai orang terutamanya pegawai atasan istana. Pandangan jauhnya untuk menguatkan Ottoman Navy iaitu angkatan laut Uthmaniah tidak disambut baik. Tiada mesin masa untuk orang ramai mengetahui yang lipatan sejarah menghargai tindakan sultan kerana Ottoman berjaya menjadi angkatan laut ke-3 terkuat dunia.
Khazanah negara telah mengisytiharkan sovereign default pada 1876.
The Great Eastern Crisis melanda negeri Balkan gara-gara kenaikan cukai yang tinggi. Tambahan lagi, kemarau yang melanda jajahan Turki Uthmaniah 3 tahun lepas telah mengurangkan sumber negara. Semua masalah ini menjustifikasi tindakan sekumpulan menteri, pegawai dan kakitangan untuk menggulingkan Sultan Abdülaziz. Mereka nak naikkan pulak sepupunya, Murad V. Calon ini condong kepada Perancis dan berfikiran liberal. Memang sesuai dengan kecenderungan diorang.
Coup telah dirancang dan sultan akan dijatuhkan pada 31 May 1876.
Bagaimanapun, tarikh operasi telah diawalkan sehari. Yang menjadi masalah, Murad V tak tau tarikh operasi dah diawalkan sehari. Diorang lupa nak bagitau dia.
Oleh itu, apabila ada sekumpulan lelaki yang masuk ke biliknya dan membawa dia ke luar, hanya satu perkara bermain di kepalanya, “Mampus aku!!” Murad V ingatkan pakciknya iaitu sultan dah tau perancangan sulit coup dan sekarang semua pengkhianat akan dibunuh!
Murad V kena panic attack.
Apabila dia dibawa ke majlis pertabalan sebagai sultan Khilafah Turki Uthmaniah yang baru, pegawai-pegawai mendapatu mental Murad V dah ting-tong. Dah mereng. Stress yang mengusutkan kepalanya kerana takut dihukum bunuh beberapa hari lepas telah menjadikan lelaki ini gila.
Murad V tak pernah sembuh. Selepas 93 memerintah dengan keadaan mental yang tidak stabil, baginda digantikan dengan abang tirinya, Abdülhamid II.
Semuanya angkara satu hari malang.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source