Legenda Cinta Burung Kenyalang Di Sarawak
Bila sebut burung kenyalang, pasti ramai yang akan mengaitkannya dengan Sarawak. Ye lah memang dah sinonim sangat dah. Disebalik semua tu, ada kisah yang menyelubungi kewujudan burung kenyalang di Sarawak.
Legenda mengatakan ada satu hari ni, seorang pemuda iban iaitu Ketupong terlihat burung kenyalang yang amat besar ketika memburu. Dia pun sumpit burung tu sehingga jatuh ke tanah.
Anehnya ketika sampai di sana, burung tersebut tak ada. Padahal burung tu sangat besar, mustahil boleh hilang. Secara tiba-tiba Ketupong terdengar suara perempuan merintih kesakitan. Dia pun pergi cari. Alangkah terkejutnya Ketupong kerana suara itu miliki seorang perempuan cantik yang sedang cedera. Kecederaannya pulak macam kena sumpit.
Disebabkan hari dah nak malam, Ketupong bawak perempuan tu pulang ke rumah panjang. Perempuan yang bernama Inchin itu bersetuju tapi dengan satu syarat. Ketupong perlu berjanji untuk tidak tanya asal-usul Inchin. Sampai je dekat rumah panjang, Ketupong terus cakap dengan keluarganya untuk berkahwin dengan Inchin. Keluarga pun dah setuju dan Inchin pun setuju, maka deme pun berkahwin.
Setelah beberapa purnama, Ketupong dan Inchin dikurniakan anak lelaki. Dekat sinilah segala benda pelik bermula. Ye lah Inchin ada pe’el suka dongak ke langit. Lepas tu asyik jahit 2 baju je. Bila Ketupong tanya, Inchin cuma senyum kambing je. Makin menyirap si Ketupong ni.
Dah namapun lelaki kan, tahu berjanji je. Lepas tu lupa. Inchin pun fed up dengan soalan Ketupong dan terus cerita asal-usulnya. Terkejut beruk Ketupong sebab isteri dia tu merupakan anak kepada Dewa Singalang Burong. Alah-alah dah pecah rahsia ni, Inchin pun mintak izin untuk pulang sebentar ke kayangan.
Hari demi hari, Inchin tak pulang hingga memaksa Ketupong kahwin lain. Disebabkan terlalu rindu, Ketupong dan anaknya pakai baju yang pernah dijahit Inchin.
Tak semena-mena deme bertukar jadi burung kenyalang dan terbang ke kayangan. Sampai di sana, Ketupong dapat bersatu dengan Inchin. Sayang hanya seketika sebab Inchin minta Ketupong kembali ke bumi. Anak deme, Inchin akan jaga.
Sebelum turun ke bumi, Singalang Burong berpesan kepada Ketupong agar seru namanya jika masyarakat Iban ada apa-apa masalah. Sejak itu orang Iban sering memohon semangat Singalang Burong untuk bantu deme.
Apa-apapun sekali sudah berjanji, jangan pernah berani memungkirinya. Kelak akan hilang orang yang disayang.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source