5 Kontroversi Hangat Melibatkan Bintang Antarabangsa Di Malaysia
Masih belum ‘luntur’ lagi di media sosial ketika ini apabila band pop rock, The 1975 yang menimbulkan berang ramai pihak atas insiden yang tidak bermoral sewaktu melakukan persembahan di Good Vibes Festival, baru-baru ini.
Jika diimbas kembali pada tahun-tahun yang sudah, ada segelintir selebriti luar negara yang tidak lari menerima tempias di Malaysia sebelum beraksi di pentas. Antaranya ialah penyanyi terkenal Beyonce, Selena Gomez dan Inul Daratista.
Remaja senaraikan antara bintang terkenal antarabangsa yang pernah terpalit dengan kontroversi sebelum melakukan konsert di Malaysia:
1. Konsert Beyonce (2007)
Beyonce sepatutnya membuat persembahan di Malaysia pada 2007 tetapi membatalkan konsertnya ekoran bantahan daripada kelompok agama dan ahli politik tempatan.
Konsert yang diberikan nama The Beyonce Experience World Tour mencetuskan kontroversi dalam kalangan masyarakat di Malaysia yang rata-ratanya masyarakat muslim yang mendesak supaya Beyonce mengikut garis panduan dalam etika pemakaian ketika melakukan persembahan di atas pentas.
Pelantun lagu popular ‘Crazy In Love’ yang mendengar syarat yang ditetapkan terus membatalkan konsert tersebut kerana tidak mahu mengikut kod pemakaian yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia seperti menutup bahagian atas dada sehingga bawah lutut termasuklah bahagian bahu. Beyoncé membatalkan persembahan dan pergi ke Indonesia sebaliknya.
2. Inul Daratista (2008)
Ratu Dangdut Indonesia yang juga dikenali sebagai Ratu Goyang ‘Ngebor’ di Indonesia telah dikritik oleh kelompok ulama dan ahli politik tempatan kerana menjadi simbol seksi oleh kerana goyang gerudinya yang dianggap tidak bermoral.
Pihak berwajib di Kuala Lumpur dan Johor akhirnya membatalkan permit persembahan dan membawa kepada keputusan pembatalan konsert tersebut.
Hasil daripada pembatalan permit itu, penganjur kepada konsert berkenaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM 300,000 setelah membuat pembayaran termasuk kepada artis, penyewaan stadium serta sistem bunyi walaupun sudah membuat rayuan untuk memohon permit konsert pada 10 Julai 2008.
3. Selena Gomez (2016)
Pada 2016, Malaysia dikejutkan dengan kehadiran artis terkemuka antarabangsa iaitu Selena Gomez yang akan mengadakan siri jelajah dunia ‘The Revival Tour’.
Namun, ia mendapat tentangan hebat dan protes daripada golongan agamawan yang berpendapat bahawa kemunculan artis kelahiran Amerika Syarikat yang sering berpakaian seksi itu akan mencemarkan kemuliaan Syawal yang sedang diraikan umat Islam dan juga terus mempromosikan budaya hedonisme dan mempengaruhi remaja ke arah tidak bermoral di negara ini.
Selena Gomez akhirnya dibenarkan membuat persembahan di sini, selepas berpakaian mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan.
4. Upacara memperingati kematian mendiang Kim Jong-hyun (2017)
Ratusan peminat berkumpul di tepi Sungai Klang Masjid Jamek, Kuala Lumpur untuk mengadakan satu majlis penghormatan kematian vokalis kumpulan Shinee, Kim Jong-hyun yang difahamkan mati bunuh diri pada pada 18 Disember 2017.
Kes ini lebih merisaukan kelompok agamawan di negara ini apabila peminat yang kebanyakannya dari kawasan Lembah Klang tidak kira bangsa dilihat meratapi sambil memberi penghormatan terakhir ke atas mendiang selebriti Korea tersebut.
Mereka yang terlibat tidak hadir dengan tangan kosong, sebaliknya membawa beberapa barang peringatan seperti lilin, bunga, belon serta potretnya ketika upacara memperingati itu berlangsung.
Para agamawan juga telah menegaskan upacara memperingati individu bukan muslim oleh umat Islam itu sebagai haram.
5. The 1975 (2023)
Kemunculan kumpulan pop rock Inggeris, The 1975 di acara Good Vibes Festival yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang sememangnya dinanti-nantikan ramai; memandangkan ini merupakan kali pertama kumpulan tersebut bertandang ke Malaysia.
Begitupun, The 1975 yang menaiki pentas sebagai penghibur terakhir pada hari pertama semalam memilih untuk menjadikan slot konsert satu jam tersebut sebagai peluang untuk menyelitkan agenda peribadi mereka serta menunjukkan bermacam-macam aksi kurang sopan.
Biarpun peminat kenal benar dengan perangai vokalisnya, Matty Healy yang terbiasa untuk beraksi biadap sewaktu menjayakan persembahan, apa yang berlaku malam tersebut membuatkan peminat tegar mereka sekalipun tergamam dan memaksa kerajaan mengambil tindakan dan pembatalan serta-merta konsert tersebut.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source