Orang Korea Sambut Valentine Day Untuk Hargai Cinta Dan Pengorbanan Lelaki
Biasanya hari valentine sering dijadikan masa untuk meluahkan perasaan dan menghargai pasangan. Bab hargai ni lelaki lah yang selalu jadi juara. Deme akan beri macam-macam kepada perempuan sebagai tanda terima kasih kerana menerima kekurangan diri.
Tapi dekat Korea lain sikit. Sebab deme sambut hari valentine untuk menghargai effort dan jasa lelaki. Betul ke ni?
Menjelang beberapa hari sebelum valentine, kedai-kedai coklat dan kek akan dipenuhi oleh ramai wanita. Ketika inilah semua peniaga akan cuba sedaya upaya memenangi hati wanita untuk membeli coklat di kedai mereka.
Yelah korang semua tahu, perempuan ni bila dah berbelanja macam bumi nak musnah esok. Semua benda kalau boleh deme nak beli. Peniaga dekat Korea yang faham tu senyum je. Sebab deme dapat kaut keuntungan berlipat kali ganda.
Tiba je hari valentine, ramai wanita yang akan berikan hadiah kepada lelaki. Barulah lelaki ni rasa seperti dihargai. Tapi tetap ada give and take jugak.
Sebab lelaki kena balas balik apa yang wanita beri pada sambutan White Day. Nasiblah dalam tradisi Korea, lelaki cuma berikan gula-gula sahaja kepada wanita. Jimat sikit duit.
Kepada korang semua, hargailah lelaki. Ingat, lelaki untuk disayangi dan bukan disakiti. Kalau tak suka, mohon pulangkan ke rumah keluarga.
KITAB TAMADUN KOREA memuatkan banyak informasi menarik mengenai sejarah dan budaya Korea hingga kini. Boleh beli di:
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source