Bila Bulan Berwarna Biru – The Patriots
Malam bulan berendang
Berwarna biru di cermin kali
Mata air memancar
Mengilap mata yang lama kabur
Cuba baca lirik dekat atas, korang semua mesti pernah dengar lagu tu kan. Persoalannya wujud ke bulan berwarna biru?
Sebenarnya bulan berwarna biru ni tak wujud pun. Sebab secara asasnya warna bulan adalah off-white brown-gray. Senang cerita warna kelabu lah kan.
Tapi ada beberapa situasi yang membolehkan bulan tu jadi warna biru. Masa letusan Gunung Berapi Krakatoa dulu, kebanyakan kawasan di bumi dapat melihat bulan berwarna biru.
Macam mana bulan tu boleh menjadi warna biru pulak kan?
Semuanya berpunca daripada 1 juta meter abu dan asap yang dimuntahkan oleh Gunung Berapi Krakatoa. Benda tu buat langit menjadi warna merah.
Apabila tiba waktu malam, sinaran cahaya bulan berwarna putih itu bertembung dengan asap Gunung Krakatao. Secara tak langsung warna bulan bertukar menjadi biru apabila dipandang. Tapi kena ingat, warna bulan masih lagi off-white brown-gray di angkasa.
Bukan setakat tu je, kemunculan bulan berwarna biru ada kelihatan selepas letusan gunung berapi El Chichon di Mexico. Malah kebakaran hutan yang melampau sehingga menyebabkan asap memenuhi udara juga boleh buat bulan seperti berwarna biru.
Tambah lagi bulan berwarna biru ataupun blue moon ni dianggap sebagai satu istilah kepada 1 fenomena pelik. Sebab kadang-kadang bulan purnama boleh muncul dua kali dalam bulan yang sama.
Bulan purnama kedua yang muncul dalam bulan sama inilah digelar sebagai bulan berwarna biru. Jadi bulan biru cuma akan wujud jika berlaku letusan gunung berapi atau kebakaran yang sangat dahsyat.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source