Kerajaan Saudi Perang Dengan Turki Uthmaniah
Sudah genap 100 tahun kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniah yang sekian lama berbakti memayungi umat Islam. Sejak itu, negara Islam di timur tengah tak henti-henti bergolak. Apa yang menyedihkan, kehancuran Turki Uthmaniah bukan semata-mata akibat serangan luar, malahan angkara serangan dari kalangan orang Islam sendiri.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Perang Ottoman-Saudi juga digelar Perang Wahabi (Wahhabi War). Siri pertama pertempuran ini berlangsung dari tahun 1811 M sehingga 1818 M.
Laungan untuk memberontak dengan Khilafah Islam yang sah ketika itu dikepalai oleh Emir Abdullah bin Saud. Dia mendapat dorongan dari Muhammad Ibn ‘Abd al-Wahhab yang menfatwakan Turki Uthmaniah sebagai kafir dan halal darahnya.
Pada tahun 1811, Turki Uthmaniah menggerakkan ketumbukan tentera untuk menawan semula Mekah dan Madinah yang telah ditakluk Kerajaan Saudi. Malangnya, pertempuran di Madinah gagal dengan kehilangan nyawa tentera Uthmaniah seramai 5,000 orang. Muhammad Ali Pasha menghantar bantuan 20,000 tentera untuk menolong Tusun Pasha mengambil semula Madinah dari tangan Saudi.
Alhamdulillah, pada 1812 Madinah kembali ke tangan Turki Uthmaniah. Pada tahun seterusnya, kota Mekah pula berjaya ditawan demi kesejahteraan umat Islam. Kekalahan bersiri ini memaksa Abdullah bin Saud untuk menandatangani perjanjian damai dengan berjanji menyerahkan Hijaz kepada Turki Uthmaniah. Senang kata, Arab Saudi jadi vassal state Turki Uthmaniah.
Tetapi, Uthmaniah rasa macam ada yang tak kena. Serangan diteruskan dan kesan asakan berpanjangan, Abdullah bin Saud dan kuncu-kuncunya terpaksa berundur ke Diriya.
Ekspedisi Najd pada 1818 dimulakan bagi membasmi saki baki pemberontak. Serangan kali ini meraih kemenangan besar dengan penangkapan Abdullah bin Saud. Lelaki ini dibawa ke Istanbul dan kepalanya dipancung di khalayak ramai.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source