Pengasas Si Hulk Memang Biadap!
Korang bayangkan punyalah kurang ajar orang yang kata: “Nabi Muhammad (SAW) adalah Allah!” Tak cukup dengan itu, dikatakan pulak, “Nabi Muhammad tidak ada kemaluan!”
Inilah ajaran sesat dari Suhaini Mohammad, pengasas syarikat Si Hulk!
Dah difatwakan sesat oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ). Polis pun tengah memburunya sampai ke lubang cacing
Ada banyak perkara meragukan yang membuat mufti memutuskannya sebagai sesat dan diharamkan:
1. Mendakwa Nabi Muhammad Salla Allahu Alaihi Wasallam itulah tuhan.
2. Menyatakan rahsia tuhan bahagian 5 : “Saya berpendapat bahawa : Nabi Muhammad Salla Allahu Alaihi Wasallam adalah Esa, bersalahan dengan makhluk. Baginda tidak beranak dan tidak diperanakkan, Nabi Muhammad Sallawahu Alaihi Wasallam adalah induk (ummi) dan semua makhluk adalah cahaya (nur) baginda yang diseru Allah kepada baginda”.
3. Nabi Muhammad Salla Allahu Alaihi Wasallam tidak mempunyai jantina.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
4. Kelazatan melihat wajah Allah (wajah Rasulullah) adalah penyebab lahirnya zuriat Nabi Salla Allahu Alaihi Wasallam yang dikandungkan oleh Saidatina Khadijah Radiallahu Anha.
5. Membuat kenyataan terhadap hadis di bawah dengan menyatakan bahawa Nabi tiada kemaluan. Kata Suhaini Mohammad “telah terpotong bukan baru potong. Maknanya dari awal lagi dah bukan ada baru potong…tak. Atau pun dulu ada lepas tu kena potong…bukan. Sejak azali lagi dah kena…dah tak dak. dan sekoq pun tak nampak…dah tak dak memang tak nampaklah”.
6. Membuat tafsiran yang menyeleweng pada ayat al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 35 dan surah Taha ayat 120 iaitu ayat yang melarang Nabi Adam dan isterinya memakan buah larangan. Kata Suhaini Mohammad : “Adam makan buah Hawa melalui mulut atas lalu jadilah halkum, manakala Hawa makan buah Nabi Adam melalui mulut bawah lalu jadilah ovari yang akibatnya menyebabkan wanita datang haid setiap bulan”.
7. Mereka-reka hadis yang didakwa sebagai hadis Qudsi yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad Salla Allahu Alaihi Wasallam itu Esa.
8. Menyatakan bahawa Nabi Muhammad Salla Allahu Alaihi Wasallam tiada kemaluan dan menyatakan bahawa peristiwa Saidina Ali melihat baginda tidak mempunyai kemaluan menyebabkan Saidina Ali mendapat gelaran Karamallahu Wajhah.
9. Membuat penipuan terhadap produk-produk yang dikeluarkan seperti air dan botol Si Hulk untuk menarik minat orang membelinya seperti :
10. Membuat dakwaan yang tidak berasas dan membuat tafsiran yang salah terhadap ayat al-Quran pada surah al-Baqarah ayat 248 dengan menyatakan bahawa kotak Si Hulklah peti tabut yang menjadi rebutan.
11. Si Hulk merupakan air hayat iaitu air yang diperoleh Nabi Khidir menjadikan baginda mampu hidup sehingga hari kiamat.
12. Botol Si Hulk digunakan untuk melaksanakan ritual menangkap jin ke dalam botol.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source