Pengusiran Muslim Andalusia – The Patriots
Hampir keseluruhan muslim Andalusia dihambat oleh Reconquesta Sepanyol pada 1609-1614 M. Hanya segelintir kecil dari aristokrat Andalusia yang dibenarkan tinggal. Bermula pada 1502, setiap orang Islam yang masih enggan murtad dan memeluk agama Kristian akan dihalau dari semenanjung Iberia.
Pada asalnya, bangsa latin telah menjanjikan hak kebebasan beragama bagi Morisco, orang Islam Sepanyol. Dengan berat hati, Sultan Muḥammad XII terpaksa menyerahkan Granada, kota umat Islam terakhir kepada kerajaan Ferdinand & Isabella.
Bagaimanapun, tekanan daripada gereja Kristian yang menganggap Morisco sebagai musuh dalam selimut telah mengundang nasib malang. Kempen membersihkan semenanjung Iberia daripada Arab dan Islam mendapat sokongan padu.
Apatah lagi, pemberontakan Alpujarras pada 1568-1570 telah menjustifikasi pengusiran kaum Morisco.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
John Edwards, sejarawan Sepanyol di Universiti Harvard menyifatkan peristiwa abad ke-17 itu sebagai momen yang memeritkan bagi immigran dan pelarian. Bayangkan, terpaksa keluar dari bumi yang telah menjadi tanah air mereka selama 700 tahun. Ia bukanlah hal yang mudah bagi warga Andalusia.
Betapa teruknya, boleh bayangkan Sultan Muḥammad XII yang bertaraf raja itu pun meninggal dunia dalam buangan dengan keadaan mental tidak waras, barangkali depresi dengan tragedi kehilangan kota Granada yang sungguh menyedihkan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source