Seperti dibayar, sekumpulan lelaki berhimpun & tuntut hak golongan ‘pelangi’
Baru-baru ini, hantaran video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dikenali Salim Iskandar tular sehingga menarik perhatian dan mengundang bualan warganet.
Hantaran dibuat Salim itu memaparkan sekumpulan lelaki berhimpun di hadapan Kompleks Sogo bersama beberapa sepanduk menunjukkan protes dan menuntut hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Dalam video tersebut, jelas beberapa sepanduk sebagai tanda menuntut dan memperjuangkan hak keadilan asasi manusia terutama golongan LGBT selain menyatakan ia tidak menjadi satu kesalahan jenayah.
“Golongan gay bukan penjenayah. Menjadi seorang gay bukan suatu jenayah.
“Pintu Tuhan sentiasa terbuka kepada semua manusia.
“Ahmadi agama, keamanan dan cahaya mengutuk diskriminasi dan kezaliman terhadap orang-orang LGBTQ di Malaysia,”ayat yang ditulis pada beberapa sepanduk
Dalam ciapan tersebut, Salim seakan tidak percaya perbuatan tersebut seakan berlaku di Malaysia dan golongan ini berani serta lantang bersuara di khayalak umum.
“Ini berlaku di negara mana? Mereka semakin berani ya? Sogo ke? Itu adalah tempat bersejarah (bendera pelangi),”ciapnya berserta soalan.
Pun begitu, ramai seolah-olah tidak percaya setelah melihat wajah beberapa individu yang dilihat sedang berhimpun dan membuat tuntut pembelaan terhadap golongan terbabit.
Mereka mengatakan wajah individu-individu terbabit tidak sepadan dengan perjuangan mereka, seperti dibayar oleh pihak tertentu bagi membangkitkan kemarahan ramai.
Sehingga kini, masih belum ada sebarang maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut.
Sumber: Twitter Salim_Iskandar
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source