Semporna Banyak Pulau Menarik, Datang Sekali Seumur Hidup Pun Berbaloi
Merupakan sebuah daerah dan pekan besar di Sabah, Semporna ada banyak pulau yang mampu menarik minat sesiapa sahaja termasuklah pulau Bum-bum, Pulau Sipadan dan Pulau Mabul.
Semporna Banyak Pulau Menarik, Datang Sekali Seumur Hidup Pun Berbaloi
Patutlah ‘kaki travel’ seperti Nazrin Rahman menyifatkan Semporna sebagai destinasi wajib dicuba walau sekali dalam seumur hidup.
“Tempat yang korang kena cuba sekali dalam seumur hidup. Jangan rasa takut sebab apabila korang dah datang, susah gila nak move on bila balik.
“Sebab apa aku cakap susah nak move on? Laut, pemandangan, makanan dan pengalaman yang diperoleh di situ memang tidak akan dirasai di tempat lain,” ciapnya ringkas.
1. View matahari terbit, terbenam
Lokasi penginapan mempunyai banyak spot untuk menyaksikan keindahan matahari terbenam mahupun terbit.
2. Penginapan
Berkonsepkan penginapan atas air, pastinya pemandangan yang disajikan tersangat cantik.
Terutama sekali bilik yang menghadap Bohey, air lautnya memang jernih sehingga nampak ke dasar.
Paling best, bila-bila masa sahaja boleh terjun ke laut dari bilik yang disewa.
3. Makanan
Sabah juga terkenal dengan makanan laut yang murah dan segar. Kalau lobster, memang akan rasa kesegaran dan kemanisan isinya.
Anda boleh makan sebanyak mana yang mampu kerana pelbagai jenis makanan laut tersedia. Tak perlu ‘catu’ dan yang penting tidak membazir.
4. Aktiviti
Kalau ke Semporna, aktiviti yang ‘wajib’ dilakukan adalah snokerling.
Mana tidaknya, karang yang terdapat di sini semuanya cantik serta pelbagai bentuk dan warna sehingga dapat jolokan ‘One of the best coral in the world’.
Jangan khuatir kalau tak reti berenang ya, sebab pemandu pelancong akan beri tunjuk ajar kepada anda.
Lokasi snorkeling adalah Pompom, Timba Timba, Mataking, Sibuan dan Matabuan.
5. Bohey Dulang
Anda dapat melihat pemandangan yang cantik dari bahagian atasnya. Kira-kira 700 meter untuk mendaki.
Bagi kaki Instagram, setiap sudut ingin diabadikan.
6. Star gazing
Bimbang alami waktu malam yang membosankan? Jangan risau sebab anda akan terpukau apabila melihat ke langit. Ribuan bintang menanti tatapan anda.
Kalau bernasib baik, tahi bintang akan kelihatan. Bolehlah feeling seperti cerita Meteor Garden tu.
7. OOTD
Mereka yang gemar OOTD (outfit of the day) boleh singgah di Water Bungalow Resort. Bentuk binaan chalet di sini mengagumkan dan kelihatan mewah.
Pastikan bawa baju vogue yang mencukupi ya!
Tak perlu ‘keberanian’ kalau pergi secara solo sebab Semporna pastinya destinasi pelancongan yang selamat.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source