“InsyaAllah Saya Akan Jadi Suami Yang Baik Kepada Nurshahila..” Ubai MZ-Shila Azmah Selamat Bernikah
Jika hendak diikutkan, bermacam-macam dugaan yang terpaksa dilalui oleh pasangan sama cantik sama padan, Shila Amzah dan Muhammad Ubaidillah Mohd Zukfelfi atau lebih dikenali sebagai Ubai MZ sebelum tibanya hari bahagia mereka, 5 Ogos hari ini.
Paling menyayat hati tentunya pemergian ibu tercinta Ubai pada 30 Julai 2023, hanya seminggu sebelum mereka disatukan akibat penyakit barah.
Namun, rahsia jodoh dan kematian kekal berada di tangan Tuhan dan sebentar tadi, Ubai dan Shila sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.
Majlis yang dilangsungkan pada 10.27 pagi Sabtu itu menyaksikan pasangan yang muncul dalam persalinan serba putih rekaan Zaimi Zulkafli ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Amir Amzah Salleh atau ND Lala sambil disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Darul Ehsan Taman Tun Razak Ampang, Mohamad Khairi Hussein.
Ubai telah menyerahkan mas kahwin berjumlah RM20,000 berserta tujuh dulang hantaran yang dibalas lima oleh pihak pengantin perempuan. Manakala jumlah wang hantarannya pula dirahsiakan.
Sewaktu ditemui media ketika meninggalkan dewan akad nikah pagi ini, Ubai berkata dirinya bersedia untuk memikul tanggungjawab menjaga dan menyayangi Shila sebagai isteri dan anaknya dari perkawinan pertama Shila, Seth Uwais Bin Haris.
“InsyaAllah saya akan jadi suami dan ayah yang baik kepada Nurshahila (dan Seth yang kini berusia empat tahun).
“(Majlis) yang sepatutnya Mak ada… itulah, ingat Mak sajalah. Tapi, kami ingat balik.. memang Mak hendak kami disatukan. Jadi syukur Alhamdulillah, hari ini kami disatukan dengan sekali lafaz.
“Sebaklah.. sebak. Sebab inilah yang Mak hendak,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Hargai Siapa Masih Di Depan Kita..” Kasih Shila Amzah Kepada Arwah ‘Mak’ Ibarat Dengan Ibu Kandung Sendiri – REMAJA
Soal berbulan madu pula, Ubai memaklumkan kekangan waktu kerja mereka berdua yang padat dan ditambah pula dengan urusan peribadi keluarga membuatkan sebarang perancangan bulan madu perlu ditangguhkan terlebih dahulu.
“Mungkin akan ada percutian pendek di dalam negara terlebih dahulu,” ulasnya.
Majlis akad nikah pada hari ini turut dihadiri beberapa rakan artis termasuklah Amylea Azizan, Jaclyn Victor, Fara Fauzana, Zara Zya, Jihan Muse dan Marsha Milan.
Tahniah Shila & Ubai! Semoga ikatan suci ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source