“Dah tiba masa melepaskan. Bukan tanda mengalah, tapi dah tak kuasa”
Ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Datin Fauziah Sarman membuka cerita berhubung isu rumah tangganya bersama bekas suami, Datuk ND Lala yang baru berpisah pada 8 Ogos lalu.
Menurut laporan Berita Harian, wanita berusia 55 tahun itu berkata, dia mengundurkan diri dari perkahwinan tersebut selepas penat berusaha mempertahankan rumah tangganya yang dibina selama 34 tahun.
“Saya cuba ikhtiar, berjuang macam-macam. Dah penat berjuang seorang diri.
“Sekarang sudah tiba masa melepaskannya. Bukan tanda mengalah, tetapi saya sudah tak kuasa. Siapa nak ambil-ambillah,” katanya.
Foto: Google
Fauziah atau lebih mesra dipanggil Mamazie berkata, dia digantung tak bertali sejak tahun lalu dan kehidupannya menjadi huru-hara akibat bergaduh setiap hari apabila penyanyi veteran tersebut pulang ke rumah pada April lalu.
Dalam pada masa yang sama, ND Lala mengaku dirinya sudah berkahwin dengan Siti Munirah pada akhir tahun lalu namun menurut sumber, Fauziah mendapati perkahwinan tersebut sudah berlaku sejak lapan tahun lalu.
“ND Lala mengakui bapa perempuan ini menikahkan mereka. Tetapi, saya cuba semak di pejabat agama tiada pun pendaftaran perkahwinan dibuat,” ujarnya.
Foto: Google
Dalam pada itu, Fauziah turut mendakwa bekas suaminya tidak lagi menghargai dirinya sejak 10 tahun kebelakangan ini kerana seolah-olah tidak mengambil berat mengenai keluarga di rumah untuk fokus kepada wanita baru.
“Sebab kahwin lain, seorang rakannya kata dia takkan ceraikan saya. Jika saya minta cerai, dia akan ceraikan, mungkin.
“Tetapi, dia pernah beritahu dengan rakannya itu, walau apapun dia takkan ceraikan saya,” katanya.
Terdahulu, Fauziah mengesahkan ND Lala melafazkan cerai terhadapnya pada 2 Ogos lalu di Masjid AR Rahman, Bangsar dan hanya dimaklumkan mengenainya menerusi kiriman WhatsApp enam hari selepas itu.
Sumber: Berita Harian (Ridzuan Abdul Rahman)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source