Kontroversi tak beri manfaat, Sanusi disifatkan ‘copy paste’ Donald Trump
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor disifatkan berkelakuan seperti bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Ia dilontarkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari baru-baru ini dalam sesi temu bual bersama FMT.
Amirudin berkata,sifat tersebut dapat dilihat apabila Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) sering mencetuskan kontroversi yang tidak memberi manfaat kepada rakyat dan ia saling tidak tumpah ibarat ‘salin dan tampal’ seperti dilakukan Trump.
Ujar beliau, daya tarikan digunakan oleh Muhammad Sanusi dan Trump adalah sama iaitu dengan menabur fitnah dikitar semula seperti isu pembangunan Sungai Klang bagi mengalihkan kontroversi dakwaan kecurian unsur nadir bumi (REE) di Kedah.
“Memang ada daya tarikan tetapi ala Donald Trump, kalau beliau hendak ‘copy paste’ kaedah itu saya rasa beliau akan mencipta kelam-kabut seperti di AS ketika Trump menjadi presiden.
“Saya tengok gaya kempen, penampilan dan bercakap semuanya mencetak dan mengulang kaedah Trump, ini mungkin tak disedari PAS tetapi itulah dibuat mereka sekarang membangkitkan tentang orang negeri asal, masyarakat jati serta luar, melanggar norma dan penghormatan kita kepada institusi raja,” katanya.
Tambah Amirudin, Muhammad Sanusi dan Trump juga berdepan pertuduhan dan saman di mahkamah akibat tindak-tanduk mereka serta dakwaan memfitnah yang telah dibuat.
Ia dapat dilihat apabila pada bulan lalu, Muhammad Sanusi didakwa atas dua pertuduhan iaitu membuat kenyataan hasutan terhadap Raja susulan ucapannya pada ceramah politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Gombak.
Bahkan, beliau juga bakal berdepan saman antaranya daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan dan dirinya sendiri berhubung dakwaan skandal pembangunan Sungai Klang.
Sementara itu, Trump yang juga Presiden AS ke-45 pula berdepan pertuduhan atas kesalahan pengendalian dokumen sulit, cuba membatalkan keputusan pilihan raya, bersubahat menipu kerajaan, cubaan untuk menyogok seorang saksi dan bersubahat menghalang suara rakyat.
Dalam masa sama, Naib Presiden PKR juga mendakwa gerak kerja yang dilakukan oleh Muhammad Sanusi juga tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat dan mungkin menjadi penghalang kepada ekonomi di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan seperti mana dinyatakan penganalisis ekonomi Geoffery Williams pada 31 Julai lalu.
“Sebab itu penganalisis ekonomi menganggap kalau PN menang model ini akan diteruskan secara berterusan untuk menghimpit kerajaan persekutuan yang sedang bekerja keras memperbetulkan serta memulihkan ekonomi negara, ia tak bawa manfaat,” katanya.
Amirudin juga berharap orang Melayu menyokong gabungannya dengan Barisan Nasional (BN) jika ingin mengekalkan kuasa politik kerana kedua-duanya di landasan betul menjadi kerajaan.
“Sebab undi PN hanya akan menjemput Melayu menjadi suara oposisi dalam Selangor, ini merugikan apatah lagi tak bergabung dengan suasana di peringkat kerajaan pusat.
“Apakah dengan mengekalkan suara orang Melayu menjadi suara pembangkang beri manfaat kepada orang Melayu? Saya rasa tidak. Sementalahan itu, Selangor tidak pernah menghukum dan beri peruntukan besar kepada Islam dan Melayu,” katanya lagi.
Beliau turut membidas PN kerana mencipta naratif Melayu sebagai minoriti dan mengulangi gesaan kepada pengundi di DUN Hulu Kelang untuk menolak bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan mengambil kira pengajaran lama sewaktu mentadbir negara pda 2020.
Sumber: BH Online
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source