Lagu Rockers – Andalusia Dibuat Berdasarkan Kejatuhan Granada
Peminat-peminat rock kapak mesti kenal kumpulan Rockers. Tapi kali ini kita bukan nak bercakap tentang Kekejaman ataupun Kenangan Cinta Pertama. Sebab kita mahu membedah lagu Andalusia yang dibuat berdasarkan kejatuhan Granada.
Membisikkan kerakusan manusia
Terisi segala tipu daya”
Cuba tengok rangkap lirik pertama dekat atas tu. Selepas sahaja Dinasti Muwahidun tewas dalam Pertempuran Las Navas de Tolosa, pemerintahan Islam di Sepanyol terus berpecah belah. Masa tu banyak kerajaan kecil ataupun taifa telah terbentuk.
Salah satunya adalah Dinasti Nasriyah. Disebabkan taifa ni tak bersatu dan suka bergaduh sesama sendiri, dengan mudah pakatan Castile-Portugal takluk deme. Nampak tak, macam sama je dengan apa yang rangkap lirik tu nak sampaikan.
“Tak luka lembar ke desa
Hamparan berduri tiada terasa
Menghulu segala lapisan maya”
Walaupun taifa lain begitu mudah ditakluk oleh Castile, Dinasti Nasriyah yang berpusat di Granada masih lagi bertahan. Itu pun sebab deme pandai main realpolitik. Ye lah awal-awal lagi Dinasti Nasriyah tunduk kepada Castile dengan bayar ufti.
Castile pun anggap Dinasti Nasriyah bukan ancaman. Maka Dinasti Nasriyah tidak akan ditakluk dan rilek je ada hubungan baik dengan kerajaan kristian yang lain. Ditambah lagi, Dinasti Nasriyah ni dengan hati terbuka sanggup terima pelarian Muslim daripada Seville, Valencia dan Murcia.
“Istana indah megah terbina
Digiling hancur putaran masa
Seni terlupa tiada terasa
Dengan adanya pelarian Muslim daripada kota lain, Granada berjaya menjadi pusat kebudayaan Islam yang baru di Sepanyol. Perkembangan itu membuatkan Dinasti Nasriyah dapat memulakan projek pengubahsuaian Alhambra menjadi istana agung.
Tapi sayangnya, permainan realpolitik Dinasti Nasriyah tak bertahan lama. Sebab pemimpin selepas itu sangat lemah. Paling gila sekali, deme boleh pulak buat perikatan dengan Dinasti Mariniyah dari Afrika untuk lawan Castile. Katanya deme nak ambil kota-kota yang dah ditakluk.
Dengan mudah perikatan Nasriyah-Mariniyah dikalahkan oleh pakatan Castile-Portugal. Nasib baiklah lepas tu, Castile tak minat sangat nak luaskan kuasa. Deme biar je Dinasti Nasriyah terus hidup.
Di sisi lukisan sejuta hikmat
Andalusia didakap sejarah
Mereka ubah suara kejayaan”
Lama kelamaan, Dinasti Nasriyah makin lemah setelah barisan Castile-Leon mula bersatu. Banyak wilayah kekuasaan Dinasti Nasriyah ditakluk hingga cuma Granada je masih bertahan.
Pemerintahan terakhir Dinasti Nasriyah memang dah tak mampu nak hadap Castile-Leon. Nak tak nak dia terpaksa buat perjanjian damai selama 4 bulan dengan harapan ada yang datang bagi bantuan.
Semuanya hampeh dan 4 bulan telah berlalu. Terpaksalah Dinasti Nasriyah serahkan Granada kepada Castile-Leon lantas menamatkan terus pemerintahan Islam di Sepanyol.
Hari ini kita cuma mampu mengenang sejarah kehebatan Sepanyol ketika era pemerintahan Islam. Kejayaan yang pernah umat Islam capai dulu semakin hilang di sana. Tinggal lah Alhambra yang kaku kesepian.
Kegemilangan Islam di Sepanyol sentiasa menjadi igauan dalam diri kita. Kalau nak tahu lebih banyak tentang Islam di Sepanyol, baca je KITAB TAMADUN ISLAM. Cepat beli di https://bit.ly/ktislam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source