Tak patut! Anak didera? Ibu bapa ‘amuk’ & kasari pengasuh sampai jadi kes polis
Sejak semalam, tular sebuah hantaran video memaparkan seorang wanita dipercayai pengasuh berkelakuan kejam terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di Jalan Kampung Seronok Nosoob, Penampang, Sabah.
Menerusi hantaran tular, kelihat pengasuh wanita tersebut bertindak menendang, menampar, menarik rambut serta memukul menggunakan pembaris di bahagian muka dan kepala mangsa di TASKA berkenaan.
Terbaharu, tular dua video dimuat naik di media sosial memaparkan ibu bapa mangsa bertindak menyerang pengasuh berkenaan di taska selepas berang anak menjadi mangsa dera.
Dalam video tular, jelas memaparkan seorang lelaki (bapa) bertindak mencekik dan menampar salah seorang wanita dipercayai individu yang memukul anaknya. Sementara itu, isterinya sedang mendukung si anak dan dilihat sedang meleraikan pergaduhan.
Bagaimanapun, apa yang menyentuh hati ramai adalah tindakan si bapa menampar seorang wanita yang juga cuba meleraikan pergaduhan.
“Pengasuh perempuan yang sepak budak kecil tu dah kena tempeleng dengan ibu bapa budak tu. Tapi kesian, auntie yang leraikan gaduh tu pun kena tampar juga,”tulis seorang pengguna Twitter.
Pengasuh perempuan yang sepak budak kecik tu dah kena tempeleng dengan parents budak tu. Tapi kesian auntie yang leraikan gaduh tu pun kena tampar jugak. pic.twitter.com/JycrhjD1Pq
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) August 10, 2023
Hantaran tular berikutnya turut menunjukkan si ibu bukan mahu meleraikan pergaduhan sebaliknya terlibat sama melemparkan kemarahan dan bertindak mengasari pengasuh terbabit.
Ni part mak budak tu pulak yang bantai perempuan tu. pic.twitter.com/3CYfPYEHkW
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) August 10, 2023
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa puas, namun tidak sependapat dengan tindakan pasangan tersebut yang bertindak kasar di hadapan seorang anak yang masih kecil.
Susulan daripada tindakan pasangan itu, pengusaha dan pengasuh pula bertindak membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah mengesahkan pihaknya menerima tiga laporan mengenai kejadian itu.
Antara laporan diterima adalah daripada ibu mangsa, pengusaha taska dan pengasuh taska (suspek) yang mendakwa telah dikasari oleh bapa kanak-kanak terbabit.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source