Webinar penyusuan Mama Nak Susukan Anak yang dianjurkan sempena sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia bermula 1 – 7 Ogos setiap tahun terus mendapat sambutan daripada ibu menyusu dan ibu hamil.
Ini merupakan kali ke-3, webinar penyusuan secara online diadakan setiap tahun dan membariskan panel-panel hebat dan berkredebliti dalam bidang penyusuan susu ibu.
Webinar ini diadakan sepanjang sehari bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 5.30 petang. Walaupun diadakan secara online tetapi semua peserta terus bersemangat menceduk ilmu penyusuan yang dikongsikan oleh setiap panel.
Para peserta tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan soalan terus kepada panel berkenaan topik yang dikupas.
Webinar dimulakan dengan tazkirah dari Imam Muda Hassan yang berkongsi ilmu berkenaan Adab Dan Sunnah Menyusu Anak.
Pakaian Menyusu Selesa AisysMom
Menariknya webinar kali ini turut ditaja oleh AisysMom, jenama pakaian mesra penyusuan yang semakin dikenali di kalangan ibu menyusu. Memey Suhaiza selaku duta rasmi turut berkongsi tip-tip ibu menyusu kekal bergaya.
Menurut Memey, pemilihan pakaian ketika menyusu yang tetap trendy namun memudahkan ibu menyusu sememangnya membantu perjalanan penyusuan mudah dan ibu terus bersemangat.
Selain itu koleksi pakaian AisysMom yang diperbuat daripada fabrik tahan lasak dan mudah dijaga turut memudahkan para ibu menyusu untuk menggayakannya tanpa perlu digosok. AisysMom yang baru melancarkan pembukaan butik cawangan baru di Bandar Baru Uda, Johor Bahru turut menaja satu set blouse untuk hadiah cabutan bertuah di webinar.
Ilmu Baru Masalah Dalam Penyusuan
Seterusnya, Dr Hairin Anisa Tajudin, Pakar Perunding Laktasi (IBCLC) mengupas tajuk menarik Cabaran Penyusuan Bayi Ada Tongue Tie. Ruangan chat box dihujani pelbagai soalan daripada peserta yang kebanyakan baru pertama kali mengetahui tentang masalah tersebut dan bersyukur kerana perkongsian Dr Hairin membuka mata mereka untuk lebih prihatin terhadap bayi mereka.
Webinar kemudian diteruskan dengan kupasan tajuk utama Mama Nak Susukan Anak oleh Kaunselor Laktasi terkenal Puan Nad Masrom.
Kupasan topik beliau menjelaskan kepada perjalanan awal sebelum menyusukan anak iaitu mengenali anatomi payudara, hormon penyusuan, kepentingan penyusuan awal, penyusuan bayi ada jaundis yang pastinya membantu ibu-ibu hamil membuat persediaan untuk menyusukan anak. Ramai yang seronok mendengar penjelasan Nad yang santai namun jelas dan mudah difahami.
Urutan Penyusuan Lancarkan Susu Ibu
Pada sebelah petang, webinar diteruskan dengan perkongsian daripada Dr Maiza Tusimin, Pakar Perunding O&G yang sangat dikenali ramai.
Dengan topik perkongsian Belajar Ilmu Penyusuan Bila Confirm 2 Garis Merah, jelas membuktikan betapa pentingnya untuk ibu menyusu buat persiapan penyusuan anak bermula sahaja disahkan positif hamil.
Untuk menghilangkan rasa mengantuk pada sesi petang, slot perkongsian daripada Jururawat Laktasi, Puan Elpeni Ramli ternyata membuatkan ramai tak kering gusi dengan lawak jenakanya sambil berkongsi topik Urutan Laktasi & Perahan Tangan.
Ternyata para peserta sukakan perkongsian beliau yang turut menunjukkan demo menggunakan patung semasa menerangkan urutan laktasi bagi membantu melancarkan aliran susu ibu.
Selebriti jemputan Adira Suhaimi mengakhiri webinar penyusuan tahun ini dengan perkongsian santainya bertajuk Menyusukan Anak Tetap Nombor Satu! Menurut Adira yang menyusukan keempat orang anaknya, selain penjagaan makanan yang berkhasiat, kesihatan mental dan keceriaan ibu menyusu turut menjadi keutamaan untuk menjayakan penyusuan susu ibu.
Adira yang terkenal dengan konten lucu kehidupan seharian ibu anak ramai di media sosialnya turut bersetuju sebagai ibu dia sering mengutamakan keperluan anak-anak berbanding diri sendiri. Walaupun mempunyai karektor lucu namun Adira mengakui dia lebih tegas dengan anak-anak berbanding suaminya.
Selain perkongsian ilmu dan pengalaman dari panel jemputan, webinar penyusuan ini turut dimeriahkan dengan acara permainan Teka & Menang serta empat pusingan cabutan bertuah.
Antara hadiah cabutan bertuah termasuk sebuah stroller, pam payudara jenama Numom, set blouse AisysMom dan buku Mudahnya Penyusuan oleh Nad Masrom.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source