Kenapa Kesultanan Kedah Bertahan Lebih Lama Sampai Sekarang Berbanding Kesultanan Melaka?
Pernah tak korang terfikir kenapa Kesultanan Kedah masih berdiri sampai sekarang? Padahal Kesultanan Kedah ni bermula awal lagi daripada Kesultanan Melaka yang tumbang pada 1511.
Banyak faktor yang kita boleh bincangkan. Namun kita lihat faktor luaran seperti serangan kerajaan luar yang dialami kedua-dua kerajaan ini.
Kita lihat apa yang berlaku selepas jatuhnya Kota Melaka. Sultan Mahmud dan anakandanya ke Batu Hampar. Batu Hampar diserang Portugis. Mereka berundur lagi ke Bentayan. Sultan Ahmad Shah mangkat di Bentan.
Dipendekkan cerita, Sultan Mahmud tak berjaya dapatkan semula Melaka dan mangkat pada 1528 M di Riau.
Anakanda Sultan Mahmud, Raja Muda Melaka, Sultan Muzaffar Syah kemudiannya berundur ke Perak dan ditabalkan sebagai Sultan Perak.
Manakala anakanda Sultan Mahmud yang seterusnya Sultan Alauddin Riayat Shah II berpindah dan membuka Johor Lama dan meneruskan warisan Kesultanan Johor.
Kerajaan Kedah dan jajahan takluknya sering diserang dan ditakluk oleh Kerajaan Siam terutamanya sekitar abad ke-19.
Oleh itu, Kerajaan Kedah hantar ufti bunga emas kepada Kerajaan Siam secara berkala sebagai tanda persahabatan dan di bawah naungan Kerajaan Siam.
Sehinggalah Kedah ditawan Siam ketika Perang Musuh Bisik pada 1821. Sultan Ahmad Tajuddin berundur ke Pulau Pinang.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Negeri Kedah ditadbir oleh Siam Perut Hijau dengan kejam selama lebih 21 tahun.
Sultan Ahmad Tajuddin berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan semula negeri Kedah.
Tahun 1831, 1836 dan 1838, Sultan Ahmad Tajuddin dan para pengikutnya buat comeback serang Siam di negeri Kedah.
Semula cubaan Kedah gagal. Sehinggalah 1842, Kerajaan Siam setuju berikan semula takhta kerajaan Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin.
Pendek kata, waris Kesultanan Melaka masih memerintah sehingga hari ini, namun bukan di negeri Melaka. Manakalah waris Kesultanan Kedah masih memerintah Kedah sehingga hari ini.
Oleh: Azizul Farhan
___
Bila korang dengar pasal Lembah Bujang yang ada banyak candi tu, pernah tak korang persoalkan adakah Tamadun Lembah Bujang berasal dari India? Persoalan ni ada jawapannya di dalam JANGAN SELEWENGKAN SEJARAH MELAYU II. Dapatkan Segera!
https://bit.ly/jsmmiishopee
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source