Sanusi kena ‘scrut’ dengan Aliff Ahmad
Kehangatan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bagi enam negeri terlibat iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan kian terasa, lebih-lebih lagi esok adalah hari penentuan segala-galanya.
Antara kerusi panas yang sering menjadi bualan ramai adalah PRN di Kedah yang melibatkan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dan yakin bakal membentuk gelombang baharu.
Kecoh menjadi bualan, aktivis Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin, 37 atau lebih dikenali Aliff Ahmad tampil menjalankan ‘scrut’ atau penyiasatan ke atas latar belakang penglibatan Muhammad Sanusi dalam pentadbiran bidang politik.
Aliff Ahmad yang juga pengasas bersama IFMAL.com dan SCRUT berkata, dia terpanggil untuk berbuat demikian selepas ‘diasak’ dan diserang oleh para pengikut Muhammad Sanusi apabila memaklumkan mahu berbuat demikian sebelum ini.
Ujarnya, pada awalnya dirinya tidak berminat untuk melakukan SCRUT terhadap Muhammad Sanusi kerana sedia maklum mengenai latar belakang beliau seorang yang susah.
“Sebabnya aku suka dia. Aku tau dia fighter dan dia asal orang susah, orang miskin. Cuma dia gopoh sikitlah. Biasalah, bila banyak cakap ni, memang biasa tergelincir lidah. Orang Arab panggil sabq al lisan. Lagi-lagi dia dari Parti Syurga.
“Tapi disebabkan walaun-walaun (pengikut) menyerang aku hanya kerana mereka gagal faham konteks yang aku ingin sampaikan (sebelum ini). Jadi, aku belanja #NonPartisan untuk pilih nak aku SCRUT siapa secara percuma,”tulisnya.
Mengulas lanjut, Aliff Ahmad berkata, dia mendedahkan Muhammad Sanusi sememangnya ahli PAS, tetapi tidak tahu pekerjaan sebelum beliau menyertai kancah politik.
Tambah Aliff Ahmad, dirinya mendapat maklum daripada kenalan dan saudara yang berada di Kedah dengan mengatakan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) seorang ‘raja segala broker’.
Malah, mendakwa pernah terlibat dalam beberapa projek sewaktu menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Rahimahullah.
Ujar Aliff Ahmad, dia telah melakukan analisis serta mendapat Muhammad Sanusi terlibat dalam dunia perniagaan kayu-kayan dan batu-batan melalui sebuah syarikat dikenali CEMARA.
Pendedahan itu turut mendapat perhatian Menteri Besar Kedah dan menjelaskan dirinya sekadar membantu dalam syarikat berkenaan seperti mana dinyatakan dalam ruangan komen.
Sumber: FB Aliff Ahmad
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source