“Saya Sudah Cuba Pertahankan…’ – Impian Nafiez Zaidi Ke Jinjang Pelamin Bersama Fify Azmi Tidak Kesampaian
“Saya dah cuba pertahankan, namun Fify yang berkeras….”
Demikian luahan perasaan pelakon Malbatt: Misi Bakara, Nafiez Zaidi apabila angan-angannya untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasih hati Fify Azmi berkecai pada Aidilfitri lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: “Watak Utama Tak Mudah..” Finalis Dewi Remaja 2014/15, Fify Azmi Kini Heroin Filem Aksi
Menurut pelakon berusia 31 tahun itu, dia berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan pada Disember tahun depan, namun insan teristiwa itu sendiri yang meminta tarikh tersebut ditukar.
“Ketika itu, saya sedang menjalani penggambaran di Turkiye pada Oktober. Fify hubungi saya minta majlis ditangguhkan.
“Mulanya saya enggan, tetapi Fify desak dan akhirnya, saya terpaksa akur.
“Tetapi, Fify tidak maklumkan tarikh baharu, cuma kata pada tahun ini sehinggalah senyap sahaja. Secara kebetulan, kami sibuk, jadi hubungan makin renggang,” jelasnya.
Terdahulu, pada Jun tahun lalu, Nafiez sudah pun menghantar rombongan merisik.
Menurutnya, pengakhiran kisah cinta tersebut tiada sebarang kaitan dengan orang ketiga sebaliknya disebabkan mereka berdua tidak lagi sehaluan.
“Bukan sebab orang ketiga, tetapi adalah benda-benda kecil. Saya sudah cuba pertahankan, tetapi Fify berkeras dan buat hal sendiri. Demi kebaikan bersama, kami ambil keputusan berpisah kerana tidak sehaluan.
“Cuma, kami tak nak hebohkan hubungan sudah berakhir pada Aidilfitri lalu,” komennya.
Pelakon filem Ada Hantu itu juga mengekspreskan rasa kecewanya dengan perkara yang terjadi, dek kerana persiapan majlis sudah dilakukan oleh pihak keluarganya.
“Memang niat di hati saya hendak berumahtangga, tetapi apakan daya tiada jodoh.Saya tidak memusuhi Fify. Saya tiada masalah jika hendak duduk berbual dengan Fify kerana saya tak simpan dendam.
“Bagaimanapun, kami langsung tak berhubung selepas hubungan berakhir,” katanya.
Sekadar info, pasangan ini mula akrab sejak membintangi filem Ada Hantu 2. Hubungan romantik hanya diketahui umum apabila keluarga Nafiez menghantar rombongan merisik pada Jun 2022.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO/ARTIKEL: Instagram Nafiez Zaidi
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source