‘Roadblock’ bermula malam ini. Perarakan penyokong parti tidak dibenarkan!
Bersempena dengan pasca Pilihan Raya Negeri (PRN), pihak polis akan mengadakan sekatan jalan raya (SJR) bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam.
Tindakan ini juga bertujuan untuk mengawal keadaan awam sehingga keputusan PRN diumumkan di kesemua 187 pusat penjumlahan undi.
Memetik laporan dari Berita Harian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, sekatan ini akan dilaksanakan sehingga keadaan di seluruh negara benar-benar terkawal.
Mana-mana penyokong parti politik yang memenangi PRN kali ini tidak dibenarkan sama sekali untuk melakukan perarakan.
“Adalah perlu diingatkan kepada semua penyokong parti politik yang memenangi PRN untuk tidak membuat perarakan bagi meraikan kemenangan” tambahnya lagi.
Tindakan akan diambil sekiranya ada pihak yang cuba menggangu ketenteraman awam.
“Kita akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sekiranya ada pihak yang cuba menimbulkan rasa tidak selamat kepada masyarakat” katanya.
Sekatan jalan raya juga akan ditumpukan di Istana Negeri dan pusat pentadbiran kerajaan negeri bagi mengelak berlakunya gangguan terhadap Sultan dan Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.
“Sekali lagi saya tegaskan bahawa kita tidak mahu ada pihak yang cuba menuju ke Istana atau mana-mana pejabat pentadbiran kerajaan negeri selepas keputusan PRN-15 ini diumumkan” tambahnya lagi.
Perarakan bermotosikal juga tidak dibenarkan sama sekali bagi mana-mana penyokong parti politik untuk meraikan kemenangan.
Sumber: Berita Harian Nor Azizah Mokhtar dan Safeek Affendy Razali
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source