Perang Saudara Abbasiyyah Antara Anak-Anak Harun al-Rashid
Selepas kemangkatan Khalifah Harun al-Rashid, Al-Amin iaitu anak kepada Harun al-Rashid naik sebagai khalifah mengenepikan al-Ma’mun yang hanya menjawat jawatan Putera Mahkota.
Pada zaman pemerintahan al-Amin yang berpusat di Baghdad, dua calon pengganti khalifah iaitu al-Ma’mun berada di Khurasan dan al-Qasim berada di Al-Jazirah.
Al-Amin yang nak anaknya Musa bertindak mengenepikan al-Ma’mun dan al-Qasim untuk naik sebagai khalifah selepas baginda. Tindakan pertamanya ialah memanggil al-Qasim daripada Al-Jazirah dan terus melucutkan jawatan beliau.
Al-Amin sampaikan surat kepada al-Ma’mun jemput beliau datang ke Baghdad atas alasan rindu dan nak berbincang. Bila al-Ma’mun tak jawab surat tu, al-Amin mula bertindak hantar 4 wakil berunding.
Beliau arah al-Ma’mun pulangkan beberapa wilayah dan juga serahkan kutipan cukai kepada al-Amin.
Al-Ma’mun atas nasihat pembesar terutama al-Fadhl ibn Sahl tolak semua arahan al-Amin.
Salah seorang wakil al-Amin yang datang tadi jadi tali barut sampaikan segala rahsia Baghdad kepada al-Ma’mun. Beliau ialah al-Abbas ibn Musa.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Pembesar al-Ma’mun, al-Fadhl ibn Sahl ada peranan besar dalam persediaan perang saudara dengan al-Amin. Beliau sedar al-Amin taklah kuat mana. Lebih-lebih lagi bila ramai di kalangan tentera al-Amin berasal dari Khurasan.
Bibit-bibit perang saudara bermula pada 811 bila al-Amin bertindak lucutkan jawatan Putera Mahkota dari al-Ma’mun. Tindakan al-Amin ni adalah atas nasihat al-Fadl ibn Rabi’.
Al-Fadhl ibn Sahl berpakat dengan al-Abbas supaya nasihat al-Amin melantik Ali bin Isa bin Mahan sebagai ketua pasukan tentera menyerang al-Ma’mun di Khurasan.
Pertempuran pertama perang saudara berlaku pada 811. Tentera al-Amin berjaya ditewaskan oleh pasukan al-Ma’mun yang dipimpin oleh Tahir ibn al-Husayn dan Ali bin Isa turut terbunuh.
Perang saudara al-Amin dengan al-Ma’mun berakhir pada 813 apabila al-Amin turut terbunuh. Dengan terbunuhnya al-Amin maka al-Ma’mun mula menjadi khalifah sebagai Abbasiyah ke-7.
Oleh: Azizul Farhan
___
Mesti korang baru first time dengar pasal perang saudara ni, perang ni jugak dikenal sebagai Fitnah Keempat dalam sejarah Islam. Selam lebih dalam titik hitam dalam sejarah Islam ini yang turut dimuat dalam KITAB TAMADUN ISLAM seperti bagaimana Revolusi Abbasiyyah berlaku dan sebagainya. Dapatkan Segera!
bit.ly/ktislam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source