Raikan ‘Plus Size’, LILIT. x Bingka Tampilkan Koleksi Gabungan Serba Moden & Tradisional
Kali ini, LILIT. sangat teruja untuk mengumumkan kerjasama dengan Bingka KL, jenama yang terkenal dengan kemodenan nostalgia yang berteraskan budaya Malaysia.
Perkongsian unik ini menghimpunkan nostalgia kontemporari Bingka yang berbeza pendekatan dengan komitmen LILIT. terhadap fesyen sederhana yang inklusif, menghasilkan koleksi yang bukan sahaja pakaian, tetapi naratif budaya.
ARTIKEL BERKAITAN: Body Mists AromBay Wangian Memikat Jiwa, ‘Confirm’ Lepas Ini Tiada Masalah Bau Badan Lagi
LILIT. x Bingka Comeback Set adalah bukti rekaan memukau kerana memberi tumpuan daripada dua bahasa reka bentuk yang berbeza bagi kedua-dua jenama tempatan.
Mereka telah memperkenalkan Set Comeback dengan tiga warna yang menawan laitu navy blue, nude dan olive green. la juga dilengkapi dengan Beg Tote Bingka yang serba boleh.
Kerjasama ini sekali gus telah merapatkan jurang antara generasi dan budaya dengan memelihara dan mempromosikan tradisi Malaysia.
Pengarah Kumpulan FashionValet, Vivy Yusof berkata mereka percaya bahawa koleksi di LILIT. direka dengan teliti untuk memenuhi keperluan semua wanita dengan menampilkan pelbagai saiz daripada XXS (UK4) hingga 5XL (UK22).
“LILIT. merupakan jenama yang sentiasa menyokong jenama tempatan. Koleksi ini sekarang tersedia untuk pembelian di semua LILIT. kedai dan melalui laman web rasminya. Harga untuk koleksi ini antara RM129 hingga RM169,”katanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source