Hati-Hati Kalau Batuk Anak Bunyi Pelik, Mungkin Sebab Penyakit Kroup!
Kanak-kanak yang berumur lima tahun ke bawah mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi kroup. Kroup kebiasaannya menyerang kanak-kanak ketika cuaca sejuk. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu terlalu risau mengenainya kerana jangkitan kroup ini bukanlah kondisi yang boleh membawa maut.
Persoalannya, apa itu penyakit kroup? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!
Apa itu penyakit kroup?
Jika anak anda terjangkiti kroup, anda pasti akan mengetahuinya. Antara tanda utama anak anda dijangkitinya adalah anak anda mengalami batuk yang berbeza daripada batuk biasa.
Kroup merupakan infeksi yang akan menyerang tekak dan pita suara.
Jangkitan kroup ini disebabkan oleh beberapa jenis virus termasuklah virus influenza, adenovirus serta virus demam campak. Kanak-kanak yang berumur lima tahun ke bawah mempunyai saluran udara yang lebih kecil dan mudah membengkak.
Ini menyebabkan mereka lebih mudah dijangkiti kroup!
Apa itu penyakit kroup: simptom-simptomnya
Kroup biasanya bermula dengan tanda-tanda yang sama dengan selesema seperti hidung berair dan demam. Suara kanak-kanak yang terjangkiti pula akan bertukar menjadi kasar dan garau serta mengalami batuk yang teruk.
Disebabkan ini, tekak kanak-kanak akan berisiko untuk membengkak sekali gus menyebabkan kesukaran untuk bernafas dan akan mengeluarkan bunyi stridor (bunyi mencicit yang kuat) ketika sedang bernafas.
Jika anak anda sudah menunjukkan tanda-tanda ini, anak anda mungkin mengalami jangkitan kroup!
Sekiranya anak anda mengalami kesukaran untuk bernafas atau mengalami stridor, anda perlu mendapatkan khidmat rawatan doktor dengan segera. Penggunaan ubat-ubatan seperti corticosteroids dan epinephrine atau rawatan lain adalah penting meluaskan kembali saluran pernafasan anak anda.
Selain itu, anda juga perlu segera membawa anak anda berjumpa doktor sekiranya:
- Kulit anak anda menjadi kebiru-biruan atau kelabu pada bahagian hhidung, mulut atau kuku
- Anak anda mempunyai masalah untuk menelan makanan pejal
- Anak anda berumur kurang daripada 6 bulan
- Anak anda mengalami demam yang berpanjangan sehingga 3 hari
Jika anak anda tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang serius namun anda mengesyaki mereka dijangkiti kroup, segera bawa anak anda berjumpa doktor untuk mengelakkan simptom bertambah teruk.
Apa yang ibu bapa boleh lakukan?
Dalam kebanyakan kes, jangkitan kroup akan sembuh dengan sendirinya selepas beberapa minggu. Penggunaan antibiotik sangat membantu kerana jangkitan ini berpunca daripada virus, bukan bakteria.
Cara untuk menangani jangkitan kroup ini adalah serupa dengan cara menangani selesema yang biasa, iaitu:
- Beri anak anda minum lebih banyak air putih
- Gunakan cool-mist humidifier di dalam rumah anda untuk melembabkan udara
- Gunakan saline drops atau nasal rinse untuk melegakan sesak nafas – kunjungi sauna atau cipta suasana sauna dalam bilik mandi rumah anda dan luangkan masa bersama anak anda di dalamnya kira-kira 10 hingga 15 minit untuk menghirup udara yang lembab
- Gunakan acetaminophen atau ibuprofen untuk membuat anak anda berasa lebih selesa – pastikan anak anda sentiasa dalam keadaan yang tenang kerana mereka akan lebih sukar untuk bernafas sekiranya mereka sedang tertekan, takut atau sedih
Jangan mengambil ubat batuk dalam dos yang berlebihan kecuali jika doktor menyarankan anda berbuat demikian
Kini anda telah mengetahui apa itu penyakit kroup dengan jelas. Jika ada yang bertanya apa itu penyakit kroup, kongsikan maklumat ini kepada mereka.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source