Thaksin pulang ke Thailand pada Selasa
BANGKOK: Bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra akan pulang ke tanah airnya pada Selasa, hari sama sidang Parlimen mengundi perdana menteri baharu.
Anak perempuannya, Paetongtarn Shinawatra yang juga calon perdana menteri Parti Pheu Thai berkata demikian dalam hantaran di media sosial.
“Pada Selasa, 22 Ogos jam 9 pagi, di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, saya akan bertemu bapa Thaksin,” tulisnya.
Media tempatan melaporkan Thaksin dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang pada 9 pagi, waktu tempatan menggunakan jet peribadi.
Pada Mei tahun ini, Thaksin menyatakan beliau akan kembali ke Thailand pada Julai sebelum hari lahirnya tetapi ia ditangguhkan. Rancangannya untuk pulang pada 10 Ogos turut ditangguhkan kerana didakwa perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.
Thaksin, yang berkhidmat sebagai perdana menteri dari 2001 hingga 2006, hidup dalam buangan sejak 2008 dan menghabiskan sebahagian besar masanya di Dubai selepas kerajaannya digulingkan tentera yang diketuai oleh Jeneral Sonthi Boonyaratglin.
Beliau meninggalkan Thailand pada Ogos 2008 untuk mengelak daripada berdepan hukuman penjara.
Thanksin berdepan hukuman penjara 10 tahun atas sabitan kesalahannya oleh Bahagian Jenayah Mahkamah Agung dalam tiga kes berasingan.
Selasa adalah sesi undian Parlimen ketiga bagi pemilihan perdana menteri, di tengah-tengah ketidaktentuan politik yang berpanjangan selepas PRU pada 14 Mei lalu.
Parti Pheu Thai yang disokong Thaksin akan mencalonkan hartawan hartanah Srettha Thavisin sebagai perdana menteri.
Parti Pheu Thai, yang menduduki tempat kedua dalam PRU kini membentuk dan mengetuai gabungan baharu termasuk United Thai Nation (UTN) yang disokong tentera dan Parti Bhumjaithai, dalam usaha untuk memecahkan kebuntuan politik dan membentuk kerajaan baharu.
Gabungan itu kini mempunyai sejumlah 274 kerusi dalam Dewan Rakyat yang dianggotai 500 orang.
Bagaimanapun, jumlah itu masih berkurangan dan memerlukan sokongan daripada 250 Senator di Dewan Negara kerana calon perdana menteri memerlukan 376 undi di Parlimen sebelum boleh membentuk kerajaan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source