Angkat suara & aspirasi, 99 belia dilantik jadi Ahli Parlimen Belia Malaysia anjuran KBS
Seramai 99 orang belia dilantik menjadi Ahli Parlimen Belia Malaysia bagi sesi 2023/2024 selepas melalui proses pemilihan secara atas talian dari 7 Jun hingga 20 Julai lalu.
Menurut Kementerian Belia dan Sukan (KBS), program menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) itu mengguna pakai model pelaksanaan Parlimen Malaysia.
“Ia bertujuan untuk melatih dan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda yang berkaliber dan berwibawa sejajar dengan Model Pembangunan Belia Madani 2030,” kata KBS dalam satu kenyataan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim hadir ke sesi penggulungan sidang satu sekali gus menyempurnakan penyampaian watikah pelantikan di Parlimen Malaysia, baru-baru ini.
Menerusi persidangan pada 16 dan 17 Ogos lalu, sebanyak empat usul dibahaskan iaitu mencadangkan agar kerajaan meminda Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 bagi persediaan menghadapi krisis kesihatan penyakit berjangkit dan virus.
“Persidangan turut mengambil ketetapan agar Akta Kerja 1955 Akta Kerja 1955 dipinda atau akta baharu diwujudkan dengan mengambil kira sektor ekonomi gig, pekerja berstatus kontrak dan pelajar internship.
“Malah, persidangan juga mengusulkan agar kerajaan membentangkan Kertas Putih Pendidikan bagi penyelesaian kepada isu pendidikan dan pekerjaan selain melaksanakan dasar pemisahan kuasa untuk mengekalkan integriti institusi-institusi,” ujarnya.
Program Parlimen Belia Malaysia telah dilaksanakan sejak tahun 2015 dengan objektif antaranya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepimpinan dalam kalangan belia demi kelangsungan kepimpinan negara bagi jangka masa panjang.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source