Sanggup berhenti kerja korporat, lelaki dipuji berbakti jaga ibu terlantar sakit
Tidak ramai yang diberi peluang untuk berbakti menjaga orang tua yang sakit, lagi-lagi yang sakit terlantar.
Namun, baru-baru ini, tular satu video di TikTok memperlihatkan seorang anak muda menjaga ibunya yang tidak sihat yang menggunakan Tiub Trakeostomi.
Trakeostomi merupakan pembedahan bukaan pernafasan alternatif yang dibuat di bahagian leher pesakit untuk memasukkan tiub ke dalam salur pernafasan bagi memudahkan proses pernafasan berlaku.
Video tersebut memaparkan rutin harian dalam menjaga ibunya yang terlantar sakit dan mendapat lebih 1 juta jumlah tontonan dalam masa sehari.
@alifr0z Left my 9-5 corporate job to take care of my bedridden mak and it’s the best decision I’ve ever made. Sumpah lagi puas jaga sendiri. #adayinmylife #caregiver #caretaker #Bedridden
♬ Oke work that imaged the Ghibli-like forest – CRAFT SOUND STUDIO
Lebih menarik lagi, pemilik video itu yang dikenali sebagai Alif mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi menjaga ibunya itu.
Menerusi ruangan komen video tersebut, rata-rata memuji sikap dan keputusan yang diambilnya untuk menjaga orang tuanya itu.
Menerusi ruangan komen video TikToknya yang lain, Alif banyak mempelajari cara-cara menjaga seorang pesakit terlantar di YouTube dan kawan-kawannya.
Konten yang diketengahkannya juga semua berkaitan dengan penjagaan dan pengurusan pesakit terlantar di mana sekali gus memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjaga orang tua mereka sendiri.
Sumber: TikTok @alifr0z
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source