Hanya cari rezeki halal, staf kedai ‘dessert’ Arab sohor dakwa difitnah aktivis masyarakat?
Umum sedia maklum, sebuah kedai manisan Arab tersohor di Bukit Bintang telah disita oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Ini kerana premis terbabit tidak mempunyai lesen yang sah daripada DBKL untuk sebarang aktiviti menjaja dan hanya mempunyai Lesen Hiburan Semasa (Promosi Luar Bangunan).
Bukan itu sahaja, aktiviti perniagaan itu juga turut dikendalikan oleh warga asing tanpa permit yang sah.
Sebelum itu, premis berkenaan telah pun diserbu oleh aktivis masyarakat, Sophian Mohd Zain bersama beberapa rakan membuat terjahan sehingga berlakunya tikaman lidah antara kedua-dua belah pihak.
@sophianmohdzain7 Warga Asing tak boleh kendalikan perniagaan kiosk … Semua pekerja Zaitoun dpn Lot10 Bkt Bintang adalah Warga Asing dari Syria … Syria gemuk dok menari bagai baru 2bln masuk sini , minta DBKL & Imigresen tlg periksa … #PertahankanHakRakyat #PrihatinRakyat #TeamTerjahSurplus #LawanPATI #fyp #HakTetapHak #PenangForPenangites
Susulan itu, salah seorang pekerja kedai manisan berkenaan tampil memberikan penjelasan dengan mengatakan aktivitis masyarakat dan rakan-rakannya tidak mempunyai hak untuk menyoal mengenai premit perniagaan dan visa.
Jelasnya, dia sudah lama berada di Malaysia dan telah pun berkahwin dengan orang tempatan serta mempunyai dua orang anak.
“Haritu dia datang empat orang, Dia tanya berasal dari mana. Kami jawab dari Syria. Kemudian, dia beritahu warga asing tidak boleh berniaga di sini. Dia kata pemilik tiada lesen. Kalau tiada lesen, macam mana dia (pemilik) boleh buka premis di situ. Betul?
“Dia siap tanya, ada premit ke tak? Visa mana? Sedangkan dia tidak ada hak untuk tanya semua itu. Saya ada visa dan saya berkahwin dengan orang sini, mempunyai dua orang anak,”ujarnya.
Tambah pekerja yang dikenali Sam, dia mengatakan mereka semua hanyalah pekerja yang keluar mencari rezeki yang halal demi kelangsungan hidup dan bukannya buat sesuatu pekerjaan yang haram hukumnya.
Katanya lagi, mereka sudah lama menetap di Malaysia dan sebelum ini tiada masalah pun yang berlaku. Malah, seringkali meraikan Hari Kemerdekaan bersama rakyat tempatan.
“Saya sudah lama duduk di Malaysia, aman-aman sahaja. Tak pernah timbulkan masalah. Sehinggalah kes baru-baru ini sahaja. Setiap kali Hari Merdeka, saya sambut bersama orang Malaysia.
“Sophian Mohd Zain kata dia ustaz. Kalau dia ustaz, kenapa dia fitnah? Kami semua kerja nak cari makan, tanggung keluarga dan bukannya buat kerja haram,”ujarnya lagi.
@sophianmohdzain7 Syria ni tak ngaku arab !!! cakap penipu dan baca ayat quran pun salah … Pelarian besar kepala dan berkahwin pula dgn warganegara … MCM mn lagi ni , ni brain lah … #PertahankanHakRakyat #PrihatinRakyat #TeamTerjahSurplus #LawanPATI #fyp #HakTetapHak #JomSupportOrangKita
Video tersebut telah mendapat perhatian aktivis masyarakat berkenaan sehingga meraih perhatian ramai.
Sumber: TikTok @sophianmohdzain7, @sam_sj3
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source