Telaga Zamzam Pernah Hilang – The Patriots
Selepas kewafatan Nabi Ismail, telaga Zamzam pernah hilang tau! Orang yang tinggal di Mekah ketika itu terpaksa bergantung kepada air dari telaga-telaga lain. Macam mana boleh jadi macam tu?
Seperti yang kita tahu, orang pertama yang menemukan telaga Zamzam ialah Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail. Kemudian, kabilah Jurhum dari Yaman datang ke Mekah apabila melihat banyak burung yang berterbangan atas sumber air iaitu Zamzam. Mereka meminta izin kepada ibu dan anak itu untuk tinggal menetap di Mekah. Beberapa tahun berlalu, Nabi Ismail berkahwin dengan anak perempuan kabilah Jurhum dan mempunyai zuriat yang ramai.
Seusai kewafatan baginda, kabilah Jurhum mula berubah sikap. Sebenarnya, mereka sudah berjanji untuk sentiasa berkhidmat kepada jemaah haji di Baitullah dengan memberikan air telaga Zamzam secara percuma. Bagaimanapun, apabila melihat peluang keuntungan, mereka mengambil tindakan untuk mengutip bayaran yang mahal bagi setiap cedokan air Zamzam.
Anak keturunan Nabi Ismail merasa marah!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Kabilah Jurhum yang dah naik kepala disuruh untuk keluar daripada bumi Mekah. Oleh kerana, kekuatan anak keturunan Nabi Ismail lebih gagah, mereka mengalah dan akur untuk kembali ke Yaman. Binatang ternak seperti kambing dan biri-biri turut ditinggalkan.
Seorang lelaki bernama Amru bin Harith merasa dengki. Senyap-senyap, dia pergi ke telaga Zamzam dan mengambusnya dengan tanah hitam dan diratakan dengan pasir. Jadi, ia sudah tidak kelihatan dengan mata kasar. Puas hati!
Apabila anak keturunan Nabi Ismail masuk ke Mekah, mereka terkejut mendapati telaga Zamzam telah hilang. Ia tidak dapat dijumpai sampailah datang datuk Nabi bergelar Abdul Mutalib yang menemukannya semula.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source