“I pun you tak boleh nak handle!”- Anzalna Nasir ingatkan suami usah sibuk ada dua isteri
Sehari dua ini, isu mengenai poligami kembali panas di media sosial selepas seorang influencer yang cukup sinonim dengan konten kereta, Abang Tesla kerana memaklumkan dirinya kahwin lagi selepas melihat video isteri pertamanya menangis dalam dakapan selepas solat Subuh.
Isu ini bukan sahaja menyentuh hati warganet, bahkan pelbagai pihak termasuk para selebriti seperti pelakon jelita, Anzalna Nasir menerusi beberapa hantaran dibuat di laman Instagram.
Pemilik nama Nur Anzalna Md Nasir berkata, sekiranya seorang suami menyayangi isterinya, mereka haruslah menjaga hati dan perasaan seorang wanita, tetapi bukan dengan cara berkahwin lagi.
Anzalna meluahkan pandangannya dengan memuat naik video parodi “30 minit sebelum kejadian tidak diingini berlaku” yang sama dengan situasi isu tular baru-baru ini.
Jelas aktres berusia 35 tahun, seorang isteri memang benar nampak redha menerima ketentuan bahawa suami mereka berkahwin seorang lagi, tetapi ia hanya boleh dilihat secara luaran.
“Hidup ni tak perlu mengharapkan lelaki! Berpoligami? Kadang perempuan nampak macam redha tapi dalam hati hanya dia sahaja yang tau. Kalau sayang isteri, cukuplah jaga hati dan perasaan, bukan dengan mengahwini perempuan lain.
“Perempuan kalau dah sayang, sanggup buat apa sahaja untuk yang tercinta. Balaslah yang sama, hargai isteri kerana banyak pengorbanan yang kami dah lakukan. Awas Hanif Zaki (suami),”coret Anzalna.
Dalam hantaran seterusnya, Anzalna dalam nada seloroh tapi penuh bermaksud berharap agar suaminya, Hanif Zaki ingat semua jumlah perbelanjaan perkahwinan mereka sebelum ini.
Tambah Anzalna, dia juga berharap agar suaminya mematikan hasrat untuk ‘kahwin 2’ selain mengakui emosinya tersentuh apabila melihat seorang suami tidak menghargai isteri.
“Tiba-tiba buka album kahwin sebab nak ingatkan Hanif Zaki berapa dia spent (berbelanja) untuk berkahwin dengan I, dan betapa cantiknya I waktu kahwin sampai viral! (emoji ketawa)“Tak payah sibuk nak beristeri dua! I pun you tak boleh nak handle! (gelak) Emosi la bila tengok benda viral suami tak hargai isteri,”luahnya.
Untuk rekod, Anzalna dan suami berkahwin pada 2016 dan dikurniakan sepasang anak lelaki iaitu Mohamad Eidress, 3, dan Mohamad Emirhan yang kini berusia setahun lebih.
Sumber: Instagram @anzalnanasir88
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source