“Belakang Badan Jadi Pedih & Berbisa…” -Bekas Pembantu Peribadi DSV Dedah Diri Disihir
Pempengaruh dan juga bekas pembantu peribadi (PA) kepada Datuk Seri Vida, Syed Qusyairi, mendedahkan dirinya disihir oleh seseorang yang tidak dikenalinya.
Perkara tersebut dikongsikan Qusyairi atau lebih disapa sebagai abang Qu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.
Katanya, dia mula menyedari apabila dirinya merasa kelainan di tubuh badan, selain tidak bermaya dan bersemangat untuk melakukan siaran langsung (live) di aplikasi TikTok.
ARTIKEL BERKAITAN: Bertuah Menjadi Graduan Ke Sejuta UITM, Gadis Ini Bersyukur Dapat Tajaan Belajar Dari Naib Canselor!
“Saya kena sihir. Perkara ini jadi dua minggu lepas. Jika ada yang perasan, saya sudah jarang-jarang membuat siaran langsung di TikTok. Sedangkan perniagaan utama saya datangnya dari situ.
“Bila saya mula siaran langsung, belakang badan jadi pedih dan berbisa. Di belakang tengkung pula jadi lenguh dan sengal. Bila lihat tempat saya siaran langsung itu, rasa macam penat dan tiada semangat.
“Bagaimana saya tahu? Mungkin sakit belakang sahaja? Pada mulanya ya, saya anggap perkara ini biasa. Iyalah kan, mungkin penat sangat,” katanya.
Tambah Qusyairi, dia turut mengalami mimpi buruk dan tersedar ada lembaga merenung dirinya, pada waktu malam ketika tidur.
“Jauh sekali saya nak terlintas dalam fikiran sampai ke tahap kena sihir. Keliling saya tak ramai dan tidak besar. Sementelah, saya sangat jarang-jarang jumpa orang. Hanya fokus kepada kerja sahaja.
“Jadi tak terfikir sampai ke tahap macam itu. Sampailah… minggu lepas saya ada beberapa hari mimpi yang bukan-bukan mimpi ular. Selain itu, saya terjaga pada jam dua ke tiga pagi ada lembaga hitam tenung, tetapi bila buka lampu terus hilang.
“Ada bisikan, sejujurnya waktu itu perasaan takut tiada. Tetapi, saya terperanjat sedikit. Biasalah naluri manusia. Cuma my concern is, bila waktu tidur itu terganggu,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, dia menegaskan buat ‘si pembuat’ itu agar bertanya sahaja kepadanya di ruangan mesej, berbanding dengan menggunakan ilmu hitam itu.
Selain, dia turut memaafkan dan tiada dendam kepada individu tersebut seandainya dirinya ada menyinggung hati sesiapa di media sosial, sebelum ini.
“Semalam ada rakan saya mengajak untuk teman dia berubat. Saya pula niat nak teman sahaja, dia yang memandu. Sewaktu perjalanan selepas Tapah, tiba-tiba tengkuk lenguh dan badan panas sampailah ke rumah ustaz di Taiping.
“Point saya di sini, jika ada yang terdetik nak berasa dengki atau sebalinya. Kan lebih manis awak terus menghantar pesanan (DM) kepada saya. Tanya bagaimana nak buat? Boleh kongsi?
“kehadapan awak, saya cuma nak kata, saya maafkan awak dan tiada berdendam. Maafkan saya jika hantaran di Instagram dan TikTok membuatkan awak terdetik untuk hantar yang bukan-bukan. Sayang awak walaupun tidak mengenali awak siapa,” ujarnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Qushayry
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source