Starbucks buka ‘cawangan bahasa isyarat’ pertama di Borneo
Starbucks Malaysia secara rasminya telah melakar kejayaan dengan pembukaan cawangan baharunya di Vivacity Megamall, Kuching, Sarawak pada 17 Ogos lalu.
Menariknya, pembukaan cawangan kali ini menggunakan bahasa isyarat sebagai komunikasi bagi memperkasakan komuniti yang mempunyai masalah pendengaran.
Ini merupakan cawangan bahasa isyarat pertama rangkaian kopi di wilayah Borneo dan yang ketiga selepas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Food, Datuk Sydney Quays, usaha ini mencerminkan komitmen Starbucks yang tidak berbelah bahagi serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan buat mereka yang mengalami masalah kelainan upaya.
“Melalui cawangan ini, kami berhasrat untuk mewujudkan persekitaran mesra yang bukan sahaja menawarkan kopi yang luar biasa tetapi memupuk semangat kekitaan dan peluang yang sama,” katanya.
Kerjasama dan sokongan daripada kerajaan negeri dan Persatuan Orang-orang Pekak Sarawak (SSD) telah memudahkan proses pembukaan cawangan ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah pula berkata, usaha inklusif Starbucks untuk memupuk persekitaran yang menyokong komuniti tersebut wajar diberi pujian.
“Inisiatif sebegini membuka peluang kepada integrasi dan pemerkasaan komuniti yang lebih besar,” ujar.
Malah, Starbucks juga berhasrat untuk mengembangkan inisiatif ini ke setiap negeri.
Setakat ini, Starbucks Malaysia telah mengambil seramai 20 kakitangan masalah pendengaran untuk ketiga-tiga cawangan bahasa isyarat dan lapan daripadanya adalah di cawangan Vivacity Megamall.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source