Anna Jobling tiada masa bercinta, lebih pentingkan tidur & kerjaya
Pelakon kacukan meningkat naik, Anna Jobling menyatakan dirinya tidak mempunyai masa untuk menyulam cinta dengan mana-mana lelaki buat masa sekarang memandangkan dirinya masih muda.
Memetik laporan Harian Metro, pelakon heroin drama Melur Untuk Firdaus itu sendiri menafikan dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan rakan gandingan, Meerqeen.
Tambah pemilik nama Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, buat masa sekarang dirinya mahu menjadikan kerjaya sebagai keutamaan dan enggan mensia-siakan usia mudanya dengan perkara tak penting
“Saya tiada masa untuk cinta, saya masih muda. Anna hanya milik Anna sendiri saja,”ulasnya.
Disoal mengenai perihal cinta, Anna berkata dia lebih menggunakan masa terluang untuk tidur kerana itu yang diperlukannya buat ketika ini.
“Jika tidak bekerja, saya menggunakan masa terluang untuk tidur kerana itu yang saya perlukan ketika ini. Cinta saya hanyalah katil (tidur) dan kerjaya.
“Jadi jika ditanya mengenai keseimbangan pada usia ini, hanya tiga perkara itu saja,” kata Anna.
Disoal mengenai perkembangan kerjaya, Anna memberitahu dirinya mahu menjadi diri sendiri dan tidak mahu dilihat sebagai seorang selebriti.
“Saya tidak pernah melihat diri saya sebagai Anna Jobling iaitu seorang selebriti. Saya hanya melihat diri saya sebagai saya saja dan bukan seorang yang popular.
“Malah, saya juga berpegang kepada sebaik dan sebagus mana pun saya, ada lagi yang lebih baik. Jadi saya rasa itu yang membuatkan saya sentiasa kekal menjadi diri sendiri,”katanya lagi.
Aktres berusia 23 tahun berkata, dia juga tidak mahu bersaing dengan sesiapa pun dalam bidang industri hiburan kerana menganggap ia adalah rezeki masing-masing.
Dalam pada itu, Anna turut menafikan khabar angin yang mendakwa dia dan Meerqeen dalam fasa perang dingin dan tidak seteru.
Sumber: Harian Metro (Zaara Talita)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source