“Keluarga Makin Lengkap…” – Rihanna Selamat Melahirkan Anak Keduanya Bersama A$AP Rocky
Melihat keunikan cahaya aurora dengan mata sendiri merupakan impian bagi individu yang suka kepada kecantikan alam.
Jika korang masih tercari-cari lokasi mana yang sesuai untuk memburu aurora pada tahun 2020 ini, berikut merupakan satu perkongsian daripada Mohd Fauzi Zakaria yang telah pun berpengalaman menyaksikan sendiri cahaya aurora bersama rakan sepasukannya.
Boleh masuk juga dalam checklist percutian korang tahun ini.
Let’s check this out!
1. Iceland
Iceland merupakan sebuah pulau, jadi cuaca di sana sangat tidak menentu. Dua kali berkunjung ke bumi Iceland, Fauzi gagal untuk melihat cahaya aurora dari daratan. Walaupun signal sangat kuat, awan tebal telah menutup keseluruhan langit. Uniknya, lelaki ini dapat melihat dengan terang cahaya aurora dari tingkap kapal terbang dalam penerbangan menuju ke London.
Jika korang dapat melihat di bumi Iceland, nasib korang memang baik sebab gambar aurora korang pasti menjadi antara yang terbaik. Sebab apa? Bayangkan gambar korang dengan aurora di langit yang berlatar belakangkan air terjun, geothermal hot spring dan juga lanskap volcano yang memukau.
2. Fairbank, Alaska
Terletak di Amerika Syarikat, antara kekangan yang ada ialah korang perlu memohon visa jika hendak ke sini. Alaska menjadi antara lokasi terbaik kerana cuacanya yang sangat sejuk, langit terang dan kepekatan malam menepati semua pakej ciri-ciri kewujudan cahaya aurora.
3. Kanada
Lokasi paling tepat di Kanada adalah di daerah Yellowknife, Northwest Territories atau di area Yukon. Cuma paling azab masa nak apply visa ke Kanada. Rasanya lebih susah dari nak mohon visa ke US.
4. Norway
Ini antara tempat favorite kalau bercerita tentang aurora. Sejak 2015, setiap kali berkunjung ke sini tidak pernah pulang dengan hampa. Pernah sekali, aurora menari-nari tanpa henti dari jam 6 petang hingga 3 pagi.
Banyak lokasi di Norway untuk korang yang nak memburu aurora ni. Antaranya Tromso, Svalbard, Lofoten Island, Alta dan Andoya. Cuma setiap lokasi kecantikannya berbeza-beza bergantung pada lanskap lokasi tersebut.
5. Finland
Negara ini juga jarang mengecewakan jika korang berkunjung dari September ke Mac. Boleh dikatakan hampir setiap malam aurora akan muncul. Jika korang ada duit lebih bolehlah menginap di hotel igloo glass sambil berbantalkan lengan dan berbumbungkan cahaya aurora di langit. Lokasi popular untuk igloo glass hotel ini bertempat di Rovaniemi dan Kakslauttanen.
6. Sweden
Dua lokasi utama untuk menunggu ketibaan aurora ialah di Abisko National Park dan Kiruna. Pengalaman peribadi Fauzi menaiki snowmobile membelah kepekatan malam di atas sungai yang membeku di taman negara Abisko dengan suhu sekitar -23 darjah celcius untuk menyaksikan sendiri aurora menari di langit antara pengalaman unik sehingga hari ini.
Di Kiruna pula, uniknya bandar ini kerana terdapat satu hotel yang dibuat dengan ais termasuk katil. Jadi korang akan tidur di atas ais sepanjang malam. Jangan tanya sejuk ke tak sebab bayaran satu malam mencecah hampir Rm4,000. Hiks!
Wah, bila mendengar pengalaman yang dikongsi ini rasa lagi excited kami nak melihat sendiri cahaya aurora.
Kalau ada yang teringin nak menyaksikan cahaya aurora ini, bolehlah menabung mulai sekarang. Hehe!
*Gambar adalah daripada koleksi peribadi dan National Geography
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source