Sasha Abdul Aziz syukur dapat suami kacukan, harap tidak dimadukan
Kontroversi bernikah dua membabitkan pempengaruh TikTok dikenali sebagai Abang Tesla telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen di semua platform media sosial.
Terbaru, usahawan Sasha Abdul Aziz juga tidak ketinggalan mengikuti perkembangan isu tersebut dengan memuat naik sebuah video di akaun TikTok miliknya semalam.
@sashaabdaziz Sebab tu la i xkawin melayu weyh🤣tacoddd! #fypシ゚viral
Menerusi hantaran video yang menunjukkan momen indah bersama suami, Sasha memberitahu kisah Abang Tesla membuatkannya teringat sebab tidak memilih lelaki sebangsa dengannya sebagai pasangan hidup.
Walaupun terdapat perbezaan dari segi agama, pempengaruh media sosial itu beryukur kerana suaminya yang bukan berbangsa Melayu itu telah memeluk agama Islam.
“Abang Tesla mengingatkan saya kenapa saya tidak berkahwin dengan lelaki Melayu.
“Alhamdulillah dapat suami bukan Melayu tapi tukar agama Islam,” tulisnya menerusi hantaran tersebut.
Selain itu, ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut berharap tidak diduakan oleh pasangan menerusi perkongsian video berlatarbelakangkan lagu yang sering digunakan oleh Abang Tesla, iaitu Kau Tigakan Cintaku oleh Elkasih.
“Harap diriku tak dimadukan,” katanya.
Menerusi di ruangan komen, rata-rata warga maya mendoakan agar rumah tangga yang dibina pasangan tersebut kekal bahagia hingga ke syurga.
Untuk info, Sasha telah mendirikan rumah tangga bersama suami dipercayai berdarah kacukan Cina dan Inggeris yang berasal dari Kanada sekitar tahun 2019 dan dikurniakan dua zuriat perempuan bernama Isabella Liu dan Rose Liu.
Sumber: TikTok @Sashaabdaziz
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source