Penganjur mohon maaf, tarian ‘goyang gerudi’ anak muda berlaku di luar kawalan
Ahad lalu, tular sebuah video memaparkan sekumpulan anak muda menari dalam keadaan kurang sopan di sebuah konsert di depan Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersempena dengan program PORT FEST 2023.
Ia susulan pergaulan bebas antara pengunjung lelaki dan perempuan yang dilihat bebas menari bercampur-campur tanpa mengira batas sehingga menjadi bualan ramai.
Susulan itu, pihak pengurusan agensi kreatif kerajaan Perak, PORT (People of Remarkable Talents) tampil membuat permohonan maaf berhubung tarian ekstrem yang dilakukan oleh segelintir penonton.
Memetik laporan Bernama, Pengurus Besar PORT, Nur Hanim Mohamed Khairuddin berkata agensi itu sebagai penganjur menjelaskan insiden terbabit berlaku sewaktu persembahan UBS Band di mana ia bukanlah sesuatu yang disengajakan atau diatur, sebaliknya berlaku di luar kawalan.
“Pihak penganjur dengan ini memohon maaf sekiranya adegan tarian yang sedang ditularkan tersebut telah menyentuh sensitiviti sebahagian masyarakat.
“Kaedah untuk penganjuran konsert seterusnya sedang dikaji agar peristiwa sebegini dapat dielakkan pada masa hadapan,” menurut kenyataan.
Sementara itu, Nur Hanim berkata, tujuan utama penganjuran festival itu adalah untuk memberi pendedahan serta peluang perniagaan kepada lebih daripada 300 penggiat seni di Perak.
Difahamkan, program itu berjaya menarik sekitar 20,000 orang pengunjung dan menjana manfaat kewangan sebanyak kira-kira RM450,000 menerusi jualan makanan, minuman, produk seni kreatif, acara persembahan, pameran dan pertandingan serta penyewaan penginapan.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source