Budaya Toxic Kafir-Mengkafir & Boikot-Memboikot
Baru-baru ini viral video seorang makcik yang mengkafirkan sebuah parti politik terkemuka. Alangkah menyedihkan, di umur yang sudah lanjut, yang masih bermain dalam kepalanya ialah pemikiran takfiri yang salah dan merosakkan.
Di pihak lain pula, muncul seruan untuk memboikot perniagaan penyokong parti lawan. Sampaikan cemuhan, maki hamun dan kata-kata kesat dilemparkan kepada saudara seagama seolah-olah dia sudah melakukan dosa besar. Tak cukup dengan itu, ditabur pula pasir ke periuk nasi lawan.
Ramai netizen yang berkongsi pengalaman buruk apabila masyarakat berbalah kerana parti. Ada yang pernah melihat jemaah masjid taknak berimamkan penyokong parti lawan. Ada suami isteri yang bercerai berai kerana berbeza parti. Hal ini tak patut berlaku.
Tiada satu pun parti politik yang layak mendabik dada paling sempurna atau paling membawa Islam. Kerana Islam ialah agama rahmat untuk semua umat Muhammad. Bukan eksklusif kepada kelompok tertentu. Tiada satu kelompok jua yang layak mengetepikan saudaranya kerana berbeza fahaman politik.
Perilaku buruk ini mengingatkan kita kepada Khawarij.
Khawarij merupakan kelompok ekstremis yang mengkafirkan dan memboikot sesiapa sahaja yang berbeza pandangan dengan mereka. Khawarij turut menganggap siapa buat dosa besar akan jatuh kafir dan masuk neraka.
Lupakah kita kepada tindakan Khawarij yang memboikot dan meninggalkan Saidina Ali hanya kerana tidak bersetuju dengan majlis tahkim. Pada pandangan mereka, angkatan tentera Muawiyah harus dibunuh beramai-ramai tanpa belas kasihan. Inilah ekstremisme.
Khawarij telah mengkafirkan sebagian tokoh besar sahabat iaitu Ali bin Abi Talib (RA), Muawiyah bin Abi Sufyan (RA), Talhah (RA), al-Zubayr (RA) dan Aishah (RA). Fatwa takfiri ini telah mengundang pertumpahan darah dan peperangan yang panjang di zaman Khulafa’ Rashidun.
Apa yang merisaukan pemikiran takfiri dan ekstremisme ini seakan-akan hidup semula. Siapakah kita untuk menghukum saudara seagama? Daripada kita memboikot perniagaan saudara seagama, mengapa tindak kita bangkit kerana kalimah tauhid yang sama? Terlalu banyak persemaan sesama kita dan yang kita pilih ialah perbezaan. Alangkah ruginya.
Kalau kita taksub kepada Parti A itu asobiah. Kalau kita taksub B pun asobiah. Jangan lupa pesanan Nabi tentang bahaya Asobiah. Kita mengkafirkan lawan, itu sudah zalim. Kita boikot lawan, itu sudah zalim.
“Wahai Rasulullah, adakah dianggap asabiyah apabila seseorang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda S.A.W: ‘Tidak, tetapi asabiyah ialah apabila seseorang itu menolong kaumnya dalam perkara kezaliman.” (Sunan Ibn Majah)
Apa yang paling penting, kuatkanlah akidah Ahlul Sunnah wal Jamaah aliran Asyairah & al-Maturidiah. Barulah pemikiran takfiri dan saling boikot memboikot ala-ala Khawarij ini dapat dilenyapkan daripada muka bumi Malaysia yang tercinta.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source