Tobirama Senju, Hokage Paling Berpandangan Jauh
Ramai orang tak suka Tobirama Senju pasal katanya mendiskriminasi puak Uchiha. Izinkan kami berbeza pendapat. Konoha perlukan watak pemimpin strongman, dan Tobirama adalah orangnya.
Setelah perang bertahun-tahun dengan puak Uchiha, Tobirama sudah mengenal sifat sebenar musuhnya. Darah yang mengalir dalam puak Uchiha perlukan dendam dan permusuhan untuk menjadi lebih kuat. Secara fitrahnya, puak Uhiba memang perlu diperhatikan kerana kuasa mereka mampu memusnahkan seluruh kampung.
Walaupun tak sekuat abangnya, Tobirama pakar dalam mencipta jutsu baru. Beberapa teknik yang dipakai shinobi agung terkemudian adalah jasa dari Tobirama. Di antaranya Multiple Shadow Clone Jutsu yang digunakan Naruto, Impure World reincarnation yang digunakan Kabuto dan Namikaze’s Flying Thunder God Technique yang digunakan Minato.
Di bawah kepimpinan Tobirama, desa Konoha membangunkan ketenteraan yang lebih tersusun. Dia mengasaskan Anbu, tentera elit yang ditugaskan menyeludup masuk ke garisan musuh. Anbu juga memerlukan personaliti dan gaya berfikir tersendiri. Sebagai contoh, Kakashi dan Itachi adalah Anbu. Desa lain meniru sistem ini di kemudian harinya.
Pergaduhan di antara desa sering terjadi. Untuk meredakan permusuhan sesama desa, Tobirama mencipta peperiksaan Chunin yang boleh disertai semua desa. Ninja dari setiap desa akan menyertai bagi menunjukkan kekuatannya. Dengan cara ini, peperangan skala besar boleh dielakkan dengan cara setiap desa cuma perlu menghantar ninja untuk menunjukkan kehebatan mereka.
Slogan The ‘True’ Will Of Fire dilaungkan kali pertama oleh Hashisama Senju. Tobirama menjadikannya falsafah yang disebarkan dan menjadi kewajiban bagi semua warga Konoha. Dengan falsafah ini, semua desa Konoha perlu menjaga ahli keluarga masing-masing sebagai sebuah keluarga besar Konoha.
Tindakan paling kontroversi Tobirama tentunya mengasingkan puak Uchiha dalam kelompok dan kawasan tertentu. Mereka dikumpulkan dalam Konoha Military Police Force. Walaupun begitu, tindakan ini berjaya melambatkan pemberontakan dan Perang Saudara. Kalaulah apa yang terjadi di zaman Hokage Hiruzen Sarutobi itu berlaku lebih awal, pasti desa lain akan mengambil kesempatan dan melancarkan Perang Dunia Ninja sekali lagi.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source