Keunikan melancong solo adalah kemampuan menyesuaikan diri bersama komuniti dan melakar momen hebat antarabangsa secara sendiri. Namun sebagai wanita, perasaan TAKUT sering mengganggu.
Destinasi idaman perlu berada dalam kawasan yang selamat dan amudah untuk mengakses pengangkutan serta budaya tempatan yang boleh mengurangkan kerisauan dan anda boleh fokus kepada aktiviti dirancang. Lebih banyak hotel, aktiviti, dan spot hebat yang mampu anda temui di kawasan tertumpu dan mudah akses, maka lebih mudah bagi anda menyesuaikan diri serta membenarkan anda mengalami momen perjalanan yang hebat.
Disini, LIBUR senaraikan antara destinasi terbaik bagi wanita melancong solo.
Barcelona
Anda bebas berjalan di bandar cantik ini, asalkan anda memiliki peta atau gajet tunjuk arah. Anda boleh window shopping sepanjang Las Ramblas, berjalan di pesisir pantai, mahupun bersiar-siar di Park Güell yang direka Gaudi. Pilihan makanan juga baik bagi pelancong solo serta bersantai ala al fresco sambil menikmati makanan dan pemandangan bandar yang mengujakan.
Melbourne, Australia
Australia terus mengekalkan takhta sebagai ‘Most Livable City‘, menurut Economist Intelligent Unit. Nikmati pemandangan dengan menaiki tram pelancong secara percuma; yang menjangkau kebanyakan spot utama termasuk Melbourne Star Observation Wheel, Carlton Gardens, serta Federation Square. Melbourne secara ringkas memiliki keselamatan yang sangat baik.
Okinawa, Japan
Jika idamkan percutian yang mendamaikan dan jauh dari kesibukan bandar Jepun, pergi ke Naha; pusat kepulauan Okinawa. Monorail yang mudah akses yang menghubungkan lapangan terbang ke pusat bandar dan juga Istana Shuri yang popular. Juga dalam lingkungan berhampiran pusat bandar adalah bandar pantai Naminoue, daerah Tsuboya yang terkenal dengan pembuatan pot tanah liat, dan Pasar Awam Makishi, yang sesuai bagi pelancong solo menikmati makanan. Dan yang terakhir, adalah penduduk tempatan yang ramah dan dipengaruhi gaya Amerika, kerana penempatan kem askar Amerika berhampiran.
Dubrovnik, Croatia
Peningkatan sektor pelancongan Crotia dan pengurangan mendadak kadar jenayah menaikkan rating Croatia. Anda pasti berasa kagum pada senireka bangunan medieval Dubrovnik yang mengadap laut biru yang dirapi bersama 6,365 kaki dinding pristine. Berjalan sepanjang jalan yang dibina dari cobblestone akan membawa anda ke rangkaian kedai serta restoran dan dalam masa yang sama, anda menikmati pemandangan hebat pantai Adriatic.
Salzburg, Austria
Dengan Istana Hohensalzburg di puncak bukit dan Sungai Salzach menyusuri bandar, daya tarikan tempat kelahiran Mozart sangat mengundang dan menawan. Alami sendiri lokasi filem The Sound of Music dengan melawati Mirabell Gardens dan Nonnberg Abbey atau bersantai sambil menikmati kopi di teres Cafe Tomaselli. Bagi yang gemar berbasikal, bandar Salzburg ialah antara bandar mesra basikal dengan jarak laluan sejauh 171km serta melalui pemandangan hebat.
Taipei, Taiwan
Pusat bandar Taiwan adalah lokasi campuran sejarah dan modernisasi ideal. Satu sudut bandar terdapat pasar malam yang padat dengan lambakan aksesori dan cenderahati manakala sudut lain terpapar bangunan pencakar langit dan pusat beli-belah hebat. Taiwan sebuah bandar padat namun berjaya mengekalkan keselesaan cara urban. Taiwan memiliki kadar jenayah yang rendah, meskipun begitu, sistem aliran ringan mereka tersedia kotak “Safe Waiting Zone” di platform, dan dikawal rapi oleh CCTV demi keselamatan dan keselesaan penumpang wanita.
Saba, Caribbean
Kepulauan Saba, Caribbean dikelilingi kejernihan laut biru, dan Gunung Scenery tinggi mencecah awan. Ia tidak seperti destinasi Caribbean yang lain. Saba, yang dimiliki oleh Belanda, adalah kepulauan yang memberi anda momen hebat bersama keselesaan dan keramahan yang membuat anda tertawan pada alam semulajadi sama ada di darat atau di laut. Anda boleh memilih pernerbangan selama 15minit dari St. Maarten ataupun belayar ke sana sambil menyaksikan dolfin atau paus.
Copenhagen, Denmark
Copenhagen ialah ibu negara Denmark yang terletak di persisiran Zealand & Amager. Ia dihubungi bersama Malmo di selatan Sweden oleh Jambatan Öresund. Indre By merupakan pusat sejarah bandar ini di mana terbinanya Frederiksstaden; daerah rococo (gaya artistik Perancis) kurun ke -18 yang merupakan penempatan keluarga di raja Amalienborg Palace. Lokasi berhampiran ialah Christiansborg Palace dan Renaissance-era Rosenborg Castle, yang dikelilingi taman cantik.
Norway Fjord
Fjord terbentuk apabila glasier berhenti, selepas mengukir lembah berbentuk U, dan mengisi lautan yang membentuk lembah landai. Ini membentuk ruang sempit dan curam (kadangkala lebih 1300m dalam) yang mengubungi laut. Terdapat lebih seribu fjord di Norway, namun yang paling ikonik ialah Nærøyfjord, Sognefjord, Lysefjord dan Geirangerfjord yang terletak di persisir barat.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source