Pertempuran Jitra: Tembusnya Benteng Utara Malaya
Dengan pembatalan Operasi Matador, satu arahan baru dikeluarkan Malaya Command pada jam 11.30 pagi 8 Disember.
Kor India Ketiga diarah menduduki kawasan pertahanan di jalan utama Songkhla dan Pattani-Kroh dan hantar satu pasukan bergerak mobile column ke jalan Songkhla yang terbahagi kepada dua pasukan, Krohcol dan Laycol.
Namun, arahan lewat diterima. Kelewatan ini mengganggu persediaan unit-unit berkenaan.
Barisan pertahanan baharu yang dipilih ialah di Jitra, Kedah. Barisan selebar 23 kilometer ini berpusat di jalan keretapi dan jalan utama utara-selatan, memanjang ke ladang-ladang getah dan bukit-bukau. Garisan Jitra dipertahankan oleh Divisyen India Ke-11.
Namun, barisan pertahanan tersebut sangat tak bersedia. Sistem kubu berparit dan jaringan komunikasi tak lengkap serta tak dipasang jaringan pagar kawat berduri serta periuk api.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Cuaca musim tengkujuh menyebabkan ada unit yang lewat tiba. Kubu parit pula ditenggelami air dan perlu dikeringkan manakala lumpur berada di mana-mana.
Pasukan Laycol mara sehingga Khlong Ngae sebelum berpatah balik ke Ban Sadao. Mereka membina kubu disana.
Pasukan hadapan Jepun dikenali sebagai Pasukan Saeki terdiri daripada 500 anggota menyerang kedudukan tersebut.
Pasukan Laycol berundur ke sempadan pada jam 1.30 pagi, 9 Disember. Dalam kekalutan pengunduran, pihak Jepun berjaya rampas peta terperinci yang menunjukkan kedudukan pertahanan di sekitar Changlun dan Jitra.
Menyedari yang barisan pertahanan di Jitra masih belum bersedia sepenuhnya, Mejar Jeneral David Murray-Leon, panglima Divisyen Ke-11 arahkan Briged India Ke-15 supaya bertahan sekurang-kurangnya sehingga pagi 12 Disember.
Anggota yang ditempatkan di Jalan Kodiang-Kangar diundurkan ke pekan Kodiang meninggalkan Perlis tanpa sebarang pertahanan. Hal ini menimbulkan murka Raja Perlis.
Dengan tumpasnya pos hadapan di Changlun dan Asun, angkatan Jepun teruskan kemaraan ke barisan pertahanan utama di Jitra.
12 Disember, Mejar Jeneral Saburo Kawamura, panglima Briged Infantri Ke-9 Jepun buat penyusunan semula pasukan. Serangan akan dibuat pada malam nanti.
Namun, Pasukan Saeki secara sendirian buat serangan pada jam 12.30 tengah hari. Sehinggalah akhirnya kedudukan Kompeni D ditawan sekitar jam 1.30 tengah hari.
Anggota yang terselamat daripada pertempuran awal di Asun dan Changlun, termasuk Brigadier Garrett, turut tiba dan membantu mempertahankan kedudukan ini.
Akibat kelompangan tadi, pertahanan Jitra perlu disusun semula. Malangnya arahan ini disalah tafsir dan ada unit daripada yang langsung tidak menerimanya.
Dalam masa yang sama, serangan Jepun masih diteruskan dan pengunduran berlaku dalam keadaan kelam-kabut.
Keadaan tentera Berikat yang keletihan serta pertahanan yang tidak lagi teratur ditambah kemaraan kereta kebal Jepun memberi tekanan menyebabkan Murray-Leon mohon berundur ke Gurun.
Setelah menerima kebenaran, Murray-Leon merancang undur berundur dalam dua peringkat.
Peringkat pertama ialah berundur ke Alor Setar, khususnya ke tebing selatan Sungai Kedah sebelum berundur ke Gurun. Jambatan besi di Sungai Bata diletupkan. Anggota tentera Berikat berjalan kaki sejauh 24 kilometer.
Mereka yang menggunakan jalan laut ada yang lemas dalam perjalanan, atau tiba di Pulau Pinang dan hanya dapat menyertai unit mereka semula di Ipoh. Malah, ada anggota yang tiba di Sumatera.
Menjelang waktu pagi 13 Disember 1941, tentera Jepun memasuki pekan Jitra yang telah lengang. Seramai 3,000 anggota tentera India turut ditawan, Hanya kira-kira 600 anggota daripada Briged India Ke-15 berjaya berundur.
Di pihak Jepun, mengikut rekod mereka, hanya sejumlah kecil yang terbunuh dan 83 yang lain cedera.
Oleh: Azizul Farhan
___
Sebenarnya, serangan tentera Jepun di Kota Bharu ialah permulaan kepada Perang Pasifik ketika Perang Dunia Kedua. Kenapa bukan Pearl Harbour? Jawapannya ada di dalam MALAYA 1941. Dapatkan segera!
https://bit.ly/Malaya1941Shopee
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source