Mongol dan Mughal – The Patriots
Adakah Mongol dan Mughal itu bangsa yang sama? Nama macam sama. Kalau nak tahu, dalam bahasa Parsi, Mughal bermaksud Mongol. Penguasanya dari titisan darah diraja yang sama namun jauh berbeza adat budaya.
Sanad Mongol ke Mughal ni korang boleh faham secara mudah: Genghis Khan –> The Chagatai Khanate –> Timurlane –> Babur
Genghis Khan membangunkan Empayar Mongol pada 1225 M. Dia berjaya menawan 5 negara Asia Tengah termasuklah Uzbekistan. Wilayah ini diserahkan kepada puteranya, Chagatai. Anaknya ini menubuhkan Chagatai Khanate. Pada 1340, kerajaan agung ini lalu membesar dan berpecah kepada dua: Khanate Barat dan Khanate Timur. Dua Raja muslim yang masyhur iaitu Timurlane dan Babur datang dari Khanate Barat.
Timurlane adalah panglima perang Chagatai Khanate Barat pada 1360 M. Dia datang dari kabilah Mongol yang dipanggil Barla. Kabilah ini masuk Islam dan menerima pengaruh Parsi/Turki. Timurlane bercita-cita jauh mahu menghidupkan semula Empayar Genghis Khan. Dia tiada darah diraja. Maka dia mengambil langkah berkahwin dengan seorang puteri berdarah Genghis Khan untuk diiktiraf ketuanan. Pada 1399 Timur menawan Delhi dan tanah jajahannya dipanggil Hindustan.
Setelah pemergian Timurlane ke alam abadi, kerajaannya jatuh satu persatu. Daripada reruntuhan itu, muncullah Babur dari lembah Ferghana yang terletak dalam negara Uzbekistan hari ini. Babur menjadi Raja Afghanistan kerana berdarah Timurlane dan Genghis Khan. Pada 1526 M, dia menawan Delhi seperti yang dilakukan datuknya. Dengan kejayaan ini, dia menubuhkan sebuah kerajaan islam yang dipanggil kesultanan Mughal.
Babur mengaku orang Mongol, tapi berbudaya Parsi dan Turki.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source