Mufti Kelantan jelaskan berjubah, serban jika ke konsert kemaksiatan tetap salah
Konsert KEPCI Music Fest sejak beberapa hari kebelakangan ini telah menjadi sorotan ramai susulan daripada tularnya video kehadiran pelajar-pelajar tahfiz berjubah dan serban menghadiri konsert berkenaan.
Selepas pihak penganjur dan juga kerajaan teruk dikecam, usahawan yang bertanggunjawab membawa pelajar-pelajar berkenaan ke konsert tersebut telah tampil menjernihkan keadaan dengan memaklumkan dirinya yang menjemput mereka kesana.
Menurutnya, pelajar-pelajar tahfiz tersebut merupakan anak-anak pelarian Rohingya dan hampir semuanya tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
Walau bagaimanapun, memetik laporan dari Harian Metro, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad mengatakan tidak timbul isu sama ada individu itu dari pusat tahfiz atau tidak, memakai jubah, serban serta bersongkok sekiranya hadir ke tempat maksiat ia tetap dikira satu kesalahan.
Ujarnya, faktor pemakaian dan penampilan seseorang itu tidak boleh diukur untuk menilai seseorang asalkan majlis yang dihadiri mengikut syarak.
“Bagaimanapun sekiranya mereka hadir ke tempat maksiat, maka itu tetap satu kesalahan.
Rukun Islam tidak ada double standard (pilih kasih),” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa umat Islam sewajarnya tidak hadir ke konsert-konsert seperti tempoh hari kerana menjurus ke arah kemaksiatan.
“Apabila hadir ke sesebuah konsert, ia sepatutnya (konsert yang dianjurkan dengan mengikut syarak) untuk lebih mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan merasakan kita adalah hamba-Nya.
“Namun, sekiranya kita hadir (sesuatu konsert) dan lupa kepada diri serta Allah SWT, maka ia tidak diizinkan, kita sembahyang pun ingat kepada Allah jadi (hadiri) konsert pun biarlah konsert yang mendekatkan diri kepada-Nya,” ujarnya.
Terdahulu, Konsert KEPCI Music Fest yang dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjadi kontroversi kerana kehadiran pelajar-pelajar tahfiz di konsert berkenaan.
Ramai yang merasakan situasi berkenaan tidak sesuai lebih-lebih lagi dengan persembahan penyanyi yang agak mendedahkan aurat serta seksi di pentas utama.
Sumber: Harian Metro (Hazira Ahmad Zaidi)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source