Warga emas sanggup jalan kaki lebih 8km, bawa hiasan Merdeka buatan sendiri
Bulan Ogos adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh warga Malaysia bagi meraikan detik bersejarah iaitu Sambutan Kemerdekaan tanah air dan tahun ini ia merupakan tahun ke-66.
Oleh itu, pelbagai acara dan aktiviti menarik diadakan bersempena Hari Kemerdekaan termasuklah pada malam ambang dan tanggal 31 Ogos pada setiap tahun, selain semangat
Selain itu, inilah masa untuk rakyat negara ini yang berbilang bangsa memaparkan semangat patriotik serta kasih sayang terhadap negara.
Bertemakan “Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”, semangat seorang warga emas, Jenny Lee, berusia 68 tahun berjaya menarik perhatian ramai seperti mana dikongsikan menerusi laman Instagram Bernama.
Apa yang mencuri perhatian ramai apabila Jenny Lee menyatakan dirinya sanggup berjalan kaki sejauh lebih 8km dari Taman Maluri ke Dataran Merdeka bersama hiasan buatannya sendiri.
Malah, warga emas berbangsa Cina itu dilihat penuh semangat melaungkan kata-kata keramat iaitu Merdeka! sambil dilihat memakai kain batik.
“MERDEKA! Seorang warga emas berusia 68 tahun, Jenny Lee sanggup berjalan kaki sejauh lebih 8km dari Taman Maluri bersama hiasan yang dibuatnya sendiri untuk meraikan sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka hari ini,”tulis Bernama.
Rata-rata warganet tumpang gembira dan bangga dengan semangat patriotik yang dimiliki oleh warga emas tersebut kerana sanggup berjalan kaki melebihi 8km bagi menyambut Ambang Kemerdekaan bersama-sama di Dataran Merdeka.
Sumber: IG bernamaofficial
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source