Pendidikan tak akan jadi alat politik di Sarawak, kata Abang Jo
PETALING JAYA: Kerajaan Sarawak tidak akan mempolitikkan pendidikan kerana ia tidak memberi manfaat kepada negeri itu dan rakyatnya, kata Premier Abang Johari Openg.
“Sebaik sahaja anda mempolitikkan pendidikan, tidak akan ada pengakhiran tindak balas dan tindak balas berlawanan, dan negara akan mundur,” katanya menurut Malay Mail.
“Kita mahu negara ini bangkit. Jika kita menggunakan pendidikan untuk meningkatkan taraf hidup, maka ia jadi alat untuk kita bergerak ke hadapan.
“Ia tidak sepatutnya dijadikan sebagai alat untuk dipolitikkan.”
Berucap dalam satu majlis di Kuching, Abang Johari juga menekankan kepentingan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada pendidikan Cina.
Antara lain, kerajaan negeri mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) yang dikeluarkan oleh sekolah persendirian Cina dan membantu membina bangunan untuk sekolah Cina.
Selain memperuntukan RM10 juta setahun kepada sekolah persendirian Cina, Abang Johari berkata kerajaan negeri juga memberikan tanah kepada sekolah tersebut untuk menjana pendapatan.
Beliau berkata kerajaan negeri juga telah menubuhkan sekolah antarabangsa berdasarkan sukatan pelajaran Cambridge dan menubuhkan institusi pengajian tinggi seperti Universiti Teknologi Sarawak serta Universiti Swinburne dan Curtin – di mana aset mereka dimiliki oleh kerajaan negeri tetapi program mereka diatur oleh kampus utama mereka di Australia.
“Jika kami ingin meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat, kerajaan negeri harus menyediakan pendidikan berkualiti baik,” katanya.
Pada awal bulan ini, Abang Johari berkata Sarawak membuat pelaburan besar dalam pendidikan kerana ingin menghasilkan individu berbakat dari Sarawak untuk membantu mencapai status negeri berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.
Berucap semasa upacara konvokesyen Universiti Teknologi Sarawak, beliau berkata kerajaan negeri melabur dalam infrastruktur pendidikan dengan menubuhkan sekolah antarabangsa untuk menjadi “kompeten dan berdaya saing”.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source