Johor akan bantu remaja kehilangan ibu bapa, empat beradik
Kerajaan Johor akan membantu remaja lelaki Abdul Rahman Amir Ruddin, 19, yang kehilangan ibu bapa serta empat adik beradiknya selepas terbabit kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan pada Jumaat lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, dia terkesan dengan kejadian itu apatah lagi ibu bapa Abdul Rahman iaitu Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, masing-masing merupakan imam dan guru agama.
“Semua pasti tahu mengenai berita kemalangan lori treler yang mengakibatkan kematian 6 sekeluarga semalam (Jumaat).
“Suaminya seorang imam dan isterinya seorang guru KAFA.. kedua-duanya amat dekat di hati saya sebab mereka adalah kakitangan di bawah portfolio saya.
“Kita akan bantu anak muda ini sekiranya ada bantuan yang dapat kita usahakan.. kita juga telah serahkan sumbangan tanda berkongsi kesedihan,” tulisnya menerusi satu hantaran di laman Facebook, semalam.
Mohd Fared memaklumkan perkara tersebut ketika menziarahi Abdul Rahman di Kampung Parit Lapis, Parit Jawa bersama Pegawai Daerah Muar, Hasrin Kamal Hashim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Balang iaitu Selamat Takim.
“Abdul Rahman masih dalam keadaan terperanjat.. tapi dia pemuda yang kuat.. kita doakan dia tabah atas ujian yang sangat besar.
“Kita bacakan tahlil dan doa tadi.. semoga roh kesemua Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah.. aamin,” katanya lagi.
Sementara itu, tular pesanan dan gambar terakhir dikirim daripada arwah ibu yang kini menjadi kenangan buat remaja lelaki berkenaan.
@501awani “Kami balik dulu” – pesanan terakhir ibu jadi kenangan abadi. Suasana penuh emosi menyelubungi Masjid Ubudiyyah, Parit Limbong, Muar ketika solat jenazah pasangan imam dan guru agama yang maut bersama empat anak mereka di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Segamat, pada Jumaat. Jenazah enam beranak itu diimamkan sendiri oleh anak sulung mereka, Abdurrahman Amir Ruddin,19. Abdurrahman beberapa kali dilihat mengesat air mata tidak mampu menahan kesedihan. AWANInews
Menerusi kiriman dalam aplikasi WhatsApp, arwah ibunya memberitahu tidak dapat mengirimkan lauk, tidak sempat memasak nasi Arab selain turut menghantar sekeping gambar dengan perkataan ‘kitaorang balik dulu’.
Selain pasangan suami isteri, anak mereka yang turut terkorban adalah Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.
Seorang lagi anak pasangan itu yang menaiki kereta sama, Abdullah, 15, masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat.
Foto: FB Norahimah Noor Muhamad
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source