Cinta berputik di PUBG, pasangan kekasih kini sah bergelar suami isteri
Berkahwin dengan orang yang kita sayang dan cinta adalah setiap impian semua orang. Tiada siapa yang mahu sesebuah ikatan percintaan tidak diakhiri dengan ikatan perkahwinan dan seterusnya berlanjutan hingga ke akhir hayat bersama.
Sama jugalah seperti pasangan merpati dua sejoli dikenali Ain dan Apis yang tidak menyangka detik pertemuan mereka melalui satu permainan video PlayerUnknown’s Battleground atau lebih dikenali PUBG di kalangan penggunanya, sah bergelar suami isteri.
Berita baik itu dikongsikan oleh kedua-dua pasangan tersebut menerusi aplikasi TikTok mereka dan memaklumkan sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada 2 September lalu.
Dalam hantaran tersebut, mereka yang sedondon berbusana serba putih kelihatan bahagia, selain pengantin lelaki diangkat oleh pengantin perempuan.
“Bermula di PUBG, berakhir di pelaminan. 2 September 2023,”tulis pengantin perempuan ringkas.
@moklaaa233 bermula di PUBG berakhir di pelaminan ❤️ 2/9/23 @kecikbarangkali
Malah, pengantin wanita juga turut berkongsi sedutan video pendek mengenai suasana sewaktu berlangsungnya upacara akad nikah termasuk menyeka air mata ketika bersalaman dengan ibu bapa.
@moklaaa233 Alhamdulillah sekali lafaz 👰🤵❤️ @kecikbarangkali
Sementara itu, perkongsian suaminya mendedahkan mereka ‘dibuli’ oleh jurugambar yang merakam momen hari bahagia di mana pengantin perempuan perlu mendukungnya.
“Kena buli dengan cameraman (emoji ketawa). Pekakkan telinga apa yang orang nak kata,”tulisnya.
@puterahafizudin #viral2023 #fyp kena buli ngn cameraman 🤣 , pekakkan telinga apa yang orang nak kata 🥳 #storykehidupan #thankstoallah 🤍 #plussizeedition .
Berjaya meraih lebih 700 ribu tontonan dan 39 ribu tanda suka, rata-rata warganet tumpang gembira dan meninggalkan ucapan tahniah buat pasangan mempelai agar bahagia hingga ke akhir hayat.
Malah, mereka juga dilihat sempat berseloroh dengan meminta si suami untuk berhati-hati dan tidak menimbulkan masalah sebaik sahaja melihat kemampuan pengantin perempuan mengangkat pasangannya.
Sumber: TikTok @moklaaa233, @puterahafizudin
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source