Resipi Set Nasi Ayam Hainan Lengkap & Mudah Untuk Makan-Makan Di Rumah
Nasi Goreng Ayam. Menu gerai masakan panas yang menjadi kegemaran ramai. Hidangan ini biasanya disajikan dengan nasi goreng dan juga potongan Ayam Goreng dan kemudiannya diletakkan sos cili. Ringkas sahaja. Sedap dan sangat membuka selera. Menerusi perkongsian saudari Cik Merpati Putih, beliau berkongsi resipi Nasi Goreng Ayam sedap yang anda boleh masak sendiri di rumah. Nampak menyelerakan. Jom lihat bahan-bahannya.
CARA MASAK NASI GORENG AYAM SEDAP
BAHAN – BAHAN:
Nasi putih secukupnya (nak sedap guna nasi yang masak dalam 2 jam. Nasi tak keras lagi)
2-3 biji bawang merah – tumbuk – beli online disini
2-3 ulas bawang putih – tumbuk – beli online disini
2-3 sudu makan cili kering kisar – beli online disini
Ayam secukupnya
1 biji telur
Cili padi -jika suka
Kicap manis secukupnya – beli online disini
Garam, gula dan perasa secupnya
1/2 kiub pati ayam – beli online disini
Sayur (apa-apa sayur yang sedap: sawi, lobak merah, kubis,kacang panjang)
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ayam dan lumurkan dengan garam serta serbuk kunyit. Kemudian goreng hingga masak dan garing. Ketepikan.
2. Kemudian, tumis bahan tumisan iaitu bawang merah dan bawang putih. Bila sudah garing dan wangi, masukkan cili kering kisar.
3. Bila tumisan sudah pecah minyak, masukkan kicap manis atau apa-apa kicap yang ada kemudian pecahkan telur. Kacau.
4. Masukkan perasa iaitu garam, sedikit gula, kiub pati ayam dan ajinamoto jika suka.
5. Bila rencah kelihatan pekat dan cukup rasa, masukkan nasi putih. Kacau sehingga sebati.
6. Akhir sekali masukkan sayur-sayur kegemaran. Kacau hingga semua bahan masak sempurna. Agkat dan hiding.
7. Ambil ayam goreng, ketuk sedikit dan cincang seperti dalam gambar. Tuang sos cili dengan secukupnya.
8. Hidangkan bersama potongan timun, salad, tomato dan juga sup kosong jika suka.
Kredit resipi & foto: Cik Merpati Putih
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tambah 1 Bahan Ni, Barulah Kuah Tomyam Jadi Lebih Sedap & Kaw
Resipi Kari Ikan Sugu Pavitra. Sangat Sedap & ‘Comfirm’ Makan Bertambah
Resipi Step By Step Buat Sardin Roll Yang Sedap & Gerenti Menjadi
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source