Ada Had Nak Rotan Anak, Terlebih Rotan Tak Jadi Mendidik Tapi Anak Jadi Pendendam
Untuk menghindari masalah kesihatan, kita perlu menjaga aspek pemakanan atau bersenam. Tapi 1 perkara yang ramai tidak tahu, menjadi ibu juga sebenarnya dapat memperbaiki tahap kesihatan.
Kelebihan menjadi ibu
Pastinya anda tidak percaya bahawa melangkah ke status ibu boleh memperbaiki tahap kesihatan sama ada secara fizikal dan emosi, betul tak?
Tapi itulah kenyataannya.
Bergelar ibu, mama, ummi, bonda, mummy, emak atau apa jua panggilan, dikatakan dapat membantu meningkatkan dan memperbaiki kesihatan secara keseluruhan.
Sudah tentu anda ingin mengetahui apakah kelebihan menjadi ibu ini, kan? Ini jawapannya.
Anda perlu berdepan dengan kekurangan tidur pada waktu malam, tiada lagi me-time di dalam bilik air dan pelbagai pengorbanan yang perlu dilakukan.
Namun, di sebalik setiap ujian dan dugaan itu, menjadi ibu pada hakikatnya mempunyai beberapa keajaiban, antaranya:
Mengurangkan risiko kanser
Kebanyakan wanita tidak mahu mengandung pada usia yang muda kerana mahu menikmati zaman mudanya, tiada salahnya.
Walau bagaimanapun, jika anda antara yang hamil dan melahirkan pada usia sekitar 18 hingga 25 tahun, atau sewaktu berusia 25 hingga 30 tahun, ia sebenarnya dapat mengurangkan risiko mengalami barah payudara.
Sekiranya anda mengandung selepas usia 30 tahun, risiko mengalami kanser payudara adalah hampir sama dengan wanita yang tidak melahirkan anak.
Apa kaitannya hamil dengan pengurangan risiko barah? Jawapannya adalah gabungan beberapa faktor.
Kehamilan dikatakan mengubah sel payudara. Perubahan ini menjadikan payudara kurang terdedah kepada perubahan yang boleh menyebabkan barah payudara.
Apabila seorang wanita mengandung pada usia lebih muda, tempoh sel payudara tidak matang untuk terdedah kepada perubahan berkaitan barah berkurangan.
Proses mengandung mengakibatkan perubahan hormon yang kelihatan membantu mencegah barah ini.
Antara perubahannya adalah penurunan kadar estrogen dan peningkatan hormon hCG (human chorionic gonadotropin), iaitu hormon yang diukur pada kit ujian kehamilan di rumah.
Ia tidak terhenti di situ sahaja. Menyusu badan juga dapat mengurangkan risiko barah.
Proses penyusuan yang dilakukan apabila anda menjadi ibu akan menghalang sel-sel prakanser (precancerous) tertentu daripada berkembang pada buah dada anda.
Untuk mencapai hasil positif ini, penyusuan perlu dilakukan selama beberapa bulan. Sepanjang hayat anda, setiap tahun menyusukan anak, anda akan mengurangkan risiko barah payudara sebanyak 4%.
Sekiranya terdapat sejarah keluarga yang menghidapi kanser paling digeruni kaum Hawa ini, penyusuan badan dapat mengurangkan risiko mengalami barah ini sebelum menopaus sehingga 60%.
Penyusuan susu ibu juga menangguhkan ovulasi dan kesuburan serta kaitan antara tahap estrogen dan progesteron yang lebih tinggi, cenderung mendorong pertumbuhan tumor.
Selain faktor-faktor dinyatakan di atas, wanita yang mempunyai anak mengurangkan risiko barah endometrium dan barah ovari. Proses penyusuan akan lebih mengurangkan risiko ini.
Tetapi, anda harus memastikan kenaikan berat sepanjang tempoh kehamilan adalah seimbang. Jika berlebihan, ia akan meningkatkan risiko terkena barah payudara.
Sentiasa jaga pemakanan ketika mengandung, okay?
Kurang berlakunya endometriosis, fibroid uterus, ovari polikistik
Walaupun terdapat hubung kait dengan kehamilan, namun penyelidik perubatan tidak pasti bagaimana ia mempengaruhi keadaan kesihatan melibatkan wanita ini.
Bermotivasi memilih gaya hidup lebih sihat
Dalam tinjauan menunjukkan hasil keputusan di mana ramai wanita yang sudah menjadi ibu mengenepikan tabiat tidak sihat dalam kehidupan mereka.
Hampir kebanyakan wanita mengatakan bahawa mereka mengamalkan diet pemakanan yang lebih baik, melakukan senaman, memandu dengan berhati-hati dan melakukan pemeriksaan doktor apabila melibatkan tahap kesihatan.
Rata-rata individu yang bertukar status menjadi ibu mengurangkan tabiat merokok, pengambilan alkohol dan hobi berbahaya.
Mempertingkatkan kesihatan mental
Apabila membandingkan wanita tanpa anak dengan mereka yang bergelar ibu, kebanyakan ibu mengatakan tahap kepuasan diri yang lebih baik.
Ini kerana ibu-ibu mengakui bahawa mereka tidak berasa terasing atau kesunyian.
Bahkan jika anda seorang ibu yang mempunyai hubungan baik dengan anak, ia akan menjadikan tahap kesihatan mental lebih baik.
Kehidupan positif
Pelbagai kebaikan dalam kehidupan dan tahap kesihatan yang akan diperolehi apabila seorang wanita menjadi ibu hinggalah bergelar nenek.
Malahan, aspek positif juga akan tercetus apabila seorang wanita mendapat anak saudara, mahupun rakan baik mereka melahirkan anak. Bagus, bukan?
Sekiranya anda sedang mengandung atau merancang kehamilan, tanyakan kepada doktor tentang tip untuk meningkatkan tahap kesihatan anda sama ada sebelum, semasa atau selepas kehamilan.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source