Berat susut, Sophia Albarakbah akui putus cinta salah satu punca
Teka-teki status percintaan pelakon Sophia Albarakbah dengan lelaki dikenali Mr Doktor terjawab selepas wanita itu mengesahkan hubungan mereka sudah terlerai.
Foto: FB Akashah Ismail
Menurut laporan Harian Metro, pelakon berusia 30 tahun itu mengakui perit untuk melalui perpisahan tersebut apatah lagi setelah hampir dua tahun menjadi pasangan kekasih.
Bagaimanapun, Sophia tidak mahu mengulas lanjut tetapi menjelaskan bahawa mereka masih menjalin hubungan baik sebagai kawan.
“Saya enggan ulas banyak soal perpisahan ini kerana kurang gemar berkongsi kehidupan peribadi kepada umum.
“Walaupun sudah berpisah, hubungan kami baik sebagai kawan. Selama ini saya susah rasa suka atau selesa dengan seseorang. Bila saya sayangkan seseorang itu, saya akan berikan sepenuh perhatian.
“Sebab itulah, saya dah tak mahu fikir soal cinta lagi selepas ini. Biarlah saya fokus dengan kerjaya seni saya sahaja,” katanya.
Foto: FB Akashah Ismail
Pada masa sama, pelakon drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu berkongsi mengenai berat badannya yang semakin susut selain tidak menolak kemungkinan ia mungkin akibat putus cinta.
“Putus cinta pun salah satu faktor kerana saya kurang selera makan, tetapi mungkin sebab saya amalkan diet juga. Jujurnya saya pun tak perasan saya dah kurus sehinggalah ada kawan-kawan yang tegur,” ujarnya.
Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri), Instagram Sophia Albarakbah
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source