Dipuji pandai jaga anak walaupun seksi, Azhar Sulaiman anggap bernasib baik
Pelakon Azhar Sulaiman menganggap kehidupannya masih bernasib baik kerana tidak diuji dengan masalah besar membabitkan anak gadisnya Kasih Iris Leona.
Azhar tampil memberi respon selepas terdapat segelintir warganet di aplikasi X memuji caranya mendidik anak walaupun Leona kerap berpakaian seksi.
Bagaimanapun, pelakon berusia 53 tahun itu mengaku menjalani kehidupan dengan penuh kebimbangan seolah-olah risau sekiranya berlaku kontroversi tidak diingini membabitkan anaknya.
Salam semua….Saya bukan lebih pandai….tapi bernasib baik lagi sbb Allah tak uji dgn isu yang lebih besar….Saya sentiasa hidup dalam suspen now….
— azhar sulaiman (@azharbsulaiman) September 8, 2023
“Salam semua, saya bukan lebih pandai.. tapi bernasib baik lagi sebab Allah tak uji dengan isu yang lebih besar. Saya sentiasa hidup dalam suspen sekarang,” tulisnya dalam satu ciapan.
Ciapan tersebut adalah balasan kepada sebuah hantaran oleh akaun @NikitaNikAziz mengenai kontroversi dilalui anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim yang didakwa sebagai ‘penyondol’.
Hantaran terbabit memuji kelakuan Leona yang sinonim dengan kecaman berhubung penampilannya, tetapi masih tahu menjaga diri.
Terdahulu, Marrisa mengaku salah tentang dakwaan menjadi perosak rumah tangga sepasang suami isteri yang tular di media sosial sejak Khamis.
Namun, remaja berusia 18 tahun itu menegaskan bahawa terdapat beberapa dakwaan yang dilemparkan adalah tidak benar.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source